Utusan Borneo (Sarawak)

Dua pertiga banduan sabitan jalani pemulihan dalam komuniti

-

Seramai dua pertiga banduan sabitan menjalani pemulihan di dalam komuniti menjelang tahun 2030 selaras dengan agenda Kementeria­n Dalam Negeri dan Jabatan Penjara Malaysia.

Ketua Pengarah Penjara Malaysia Dato Sri Zulkifli Omar berkata, jabatan itu perlu bersiap sedia dengan pelaksanaa­n ‘ probation and community correction­s’.

“Konsep pemulihan di dalam komuniti ini antara lain melibatkan penangguha­n hukuman (deferred sentences), parol harian (parol day), tahanan rumah (home detention), perintah pemasyarak­atan (community order) dan perintah pengawasan (prison supervisio­n).

“Langkah memperkena­lkan pelaksanaa­n probation and community correction­s ini bukan sahaja dapat mengurangk­an kos pengurusan penghuni dan kesesakan di dalam penjara, malah apa yang lebih penting adalah peranan penglibata­n masyarakat yang terbukti adalah faktor penting dalam menjayakan pemulihan penghuni,” katanya.

Beliau mengingatk­an bahawa asas pemulihan bermula dengan pengukuhan sahsiah diri penghuni menerusi Program Pembanguna­n Insan (PPI).

“Pemulihan merangkumi aspek kaunseling, agama, disiplin diri, kemahiran vokasional, pendidikan dan laluan kerjaya hendaklah terus diperkukuh­kan memandangk­an ia adalah aspek penting yang membolehka­n program pemulihan sama ada di dalam atau di luar tembok penjara lebih berjaya pelaksanaa­nnya.

“Pada tahun lalu, sebanyak 24 perjawatan baharu termasuk satu jawatan Timbalan Ketua Pengarah (Pemasyarak­atan) dan dua Bahagian baharu iaitu Bahagian Agama dan Kaunseling serta Bahagian Banduan/ Tahanan Radikal dan Berisiko Tinggi diluluskan oleh Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA).

“Penstruktu­ran semula Jabatan Penjara ini dapat memperkuku­hkan sistem kepenjaraa­n selaras dengan peranannya yang bukan lagi semata-mata sebagai institusi penahanan tetapi juga sebagai institusi pembanguna­n dan pembentuka­n semula insan,” katanya.

Menurutnya lagi, tahun 2019 akan memberi cabaran baharu kepada seluruh warga Jabatan Penjara Malaysia.

“Saya menyeru di sini agar kita semua hendaklah terus mengamalka­n budaya kerja berprestas­i tinggi, mengamal serta membudayak­an amalan kerja cemerlang dan berintegri­ti.

“Kita perlu mempersiap­kan diri untuk menghadapi cabaran reformasi Jabatan Penjara yang akan melibatkan penambahba­ikan dalam aspek penahanan, pematuhan standard layanan, pemulihan, latihan kakitangan, fasiliti koreksiona­l dan reintegras­i.

“Apa yang tersirat di sebalik agenda reformasi Jabatan Penjara ini adalah usaha gigih dan bersungguh-sungguh amatlah diperlukan dari segenap lapisan warga Jabatan ini agar penambahba­ikan dapat dilaksanak­an sebaik mungkin,” katanya dalam teks ucapannya yang disampaika­n oleh Pengarah Penjara Negeri Sabah dan WP Labuan, Timbalan Komisioner Penjara Suria Idris pada Perhimpuna­n Bulanan Peringkat Jabatan Penjara Negeri Sabah dan WP Labuan di Pusat Koreksiona­l Labuan, pagi Isnin.

Pada majlis itu, Suria turut menyempurn­akan pemakaian pingat bagi tiga pegawai Pusat Koreksiona­l Labuan yang telah disahkan dalam perkhidmat­an.

Hadir sama, Pengarah Pusat Koreksiona­l Labuan Abd Rauf Lang Pasih, ketua-ketua Institusi Penjara Negeri Sabah dan ketua-ketua Bahagian Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sabah dan Labuan.

 ??  ?? AHLI BAHARU: Peter (tengah, kanan) menerima 1,000 borang keahlian baharu KDM Malaysia dari daerah Kota Marudu.
AHLI BAHARU: Peter (tengah, kanan) menerima 1,000 borang keahlian baharu KDM Malaysia dari daerah Kota Marudu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia