Utusan Borneo (Sarawak)

Jabatan Air Negeri Sabah pantau paip ke pili bomba

-

Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) akan memantau dan memastikan saluran paip yang menghubung­kan pili- pili bomba diselia dan bertekanan tinggi.

Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur Datuk Peter Anthony berkata, kerjasama pihak polis dan bomba juga penting dalam usaha memas- tikan pili bomba berfungsi dengan baik dan bebas daripada vandalisme.

Beliau berkata, pemantauan bersama penting bagi memastikan tidak berlaku masalah pili bomba tidak berfungsi atau tekanan rendah ketika operasi bomba, khasnya ketika pemadaman kebakaran.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Program Sambutan Hari Natal dan Tahun Baharu 2019 KDM Malaysia Kota Marudu di Dewan Komuniti, di sini pada Sabtu.

Pada majlis itu, Peter yang juga presiden KDM Malaysia menerima 1,000 borang keahlian baharu KDM Malaysia dari daerah ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia