Utusan Borneo (Sarawak)

Kemuka penyata bank palsu: Empat kontraktor wanita direman tujuh hari

-

Empat kontraktor wanita masing-masing direman tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan kes Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) berhubung kes mengemukak­an penyata bank palsu bagi mendapatka­n tender projek bernilai RM7.7 juta daripada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS).

Perintah tahanan reman ke atas semua suspek berusia 37 hingga 52 tahun itu dikeluarka­n Majistret Ahmad Shah Datuk Mohd Sunoh berikutan permohonan pegawai SPRM George Meril Martim di pejabat SPRM Keningau.

Kesemua suspek akan disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 dan dijika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun.

George Meril berkata kesemua suspek dipercayai mengemukak­an dokumen penyata bank palsu kepada pihak JPNS dan Perbendaha­raan Malaysia Sabah sebagai dokumen sokongan dalam permohonan tender Perkhidmat­an Bekalan Makanan Bermasak Asrama (BMBA).

Sementera itu, beliau berkata SPRM telah menahan seorang lagi wanita tengah hari semalam kerana dipercayai terlibat dalam kes yang sama dan pihak SPRM akan memohon reman terhadap suspek berkenaan hari ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia