Utusan Borneo (Sarawak)

PEMINDAHAN KUBUR BERMULA

Tiga kubur rosak kritikal di Tanah Perkuburan Islam Kampung Semarang dipindah ke tapak baharu.

- Oleh Patricia Gari Gambar sumbangan Penghulu Sardon Sebli dan penduduk kampung

KUCHING: Kerja-kerja memindahka­n kubur yang terjejas akibat hakisan tanah teruk di Tanah Perkuburan Islam Kampung Semarang,

Pusa, Saribas bermula semalam.

Penghulu Sardon Sebli berkata, sebagai permulaan tiga kubur yang berada dalam keadaan kritikal telah dipindahka­n ke tapak perkuburan baharu terletak di sebelah laut Kampung Semarang.

“Hari ini (semalam) kerja-kerja pemindahan kubur rosak kritikal dengan tulang-tulang (manusia) terkeluar dilakukan, tiga dan selebihnya akan dilakukan secara berperingk­at oleh waris,” katanya ketika dihubungi samalam.

Turut hadir ketika Sardon dihubungi Utusan Borneo ialah Ketua Kampung Semarang Suria Azmie dan Ketua Kampung Spinang Musa Zain.

Sardon berkata, kerja-kerja pemindahan tiga kubur berkenaan dilakukan secara gotong-royong oleh penduduk Kampung Semarang dan Spinang serta dihadiri pegawai-pegawai dari Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Kuching dan Betong.

Tiga nelayan tempatan yang hendak memukat ikan menggunaka­n pukat rawa surong bertindak nekad dengan terjun ke dalam laut bagi mengelak dicekup di kedudukan 0.3 batu nautika barat Kuala Dulang Kecil, Yan dekat sini, awal pagi semalam.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Mahmad Faizal Ahmad berkata, kejadian berlaku kira-kira 1.40 pagi sebaik menyedari kehadiran bot Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Kuala Kedah yang membuat rondaan di kawasan tersebut.

“Dalam keadaan gelap itu, ketiga-tiga nelayan itu menyusur bot ke kawasan cetek sebelum bertindak terjun ke laut serta berenang ke tepi pantai sebelum melarikan diri, mereka juga belum sempat melabuhkan pukat tersebut kerana baru sampai ke kawasan itu,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Kesemua pukat rawa surong, enjin serta bot yang dianggarka­n bernilai kirakira RM35,000 dirampas dan dibawa ke jeti pangkalan Maritim Kuala Kedah untuk tindakan lanjut.

Mahmad Faizal berkata kegiatan menangkap ikan menggunaka­n pukat rawa surong diharamkan kerana ia menjejaska­n ekosistem hidupan laut.

“Saya harapkan kerjasama orang ramai terutamany­a nelayan agar melaporkan sebarang aktiviti yang menyalahi undang- undang maritim di talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Malaysia Zon Maritim Kuala Kedah d talian 04-7310579,” katanya — Bernama

 ??  ?? SARDON HAKISAN TERUK: Penduduk bersama pegawai JAIS melihat keadaan tanah perkuburan Kampung Semarang yang terhakis teruk. KE LAUT: Kelihatan Tanah Perkuburan Islam dan Masjid Kampung Semarang yang semakin hampir ditelan laut.
SARDON HAKISAN TERUK: Penduduk bersama pegawai JAIS melihat keadaan tanah perkuburan Kampung Semarang yang terhakis teruk. KE LAUT: Kelihatan Tanah Perkuburan Islam dan Masjid Kampung Semarang yang semakin hampir ditelan laut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia