Utusan Borneo (Sarawak)

Lima peserta rebut RM500 ribu di pentas akhir MLM 2018 malam ini

-

SETELAH berentap selama 11 minggu dengan menyahut 13 cabaran persembaha­n lawak pelbagai tema dan melepasi lapan sesi penyingkir­an, malam ini adalah penentu siapa di antara lima peserta Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM 2018) yang akan dinobatkan sebagai juara pada musim ini.

Peserta akhir MLM 2018 terdiri daripada kumpulan Bocey, Zero, Shiro, Puteh dan Taman.

Untuk rekod, Bocey telah dua kali dinobatkan selaku juara Maharaja Lawak Mega iaitu pada tahun 2016 dan 2017, manakala Zero pula merupakan juara pada edisi 2014.

Kumpulan Shiro yang cukup sinonim dengan persembaha­n lawak yang diselit pengajaran ialah naib juara MLM 2017.

Puteh pula pernah menduduki tempat ketiga pada MLM 2016 dan tempat kelima pada MLM 2017.

Kumpulan baharu pada musim ini iaitu Taman yang menyaksika­n gandingan dua pelawak berpengala­man, Tauke dan Man, merupakan antara peserta yang berjaya mempamerka­n persembaha­n cemerlang setiap minggu.

Ternyata, barisan finalis pada musim ini bukan calangcala­ng.

Persoalann­ya, siapakah di antara mereka berlima yang akan menjulang trofi juara Maharaja Lawak Mega 2018 dan membawa pulang wang kemenangan bernilai RM500,000?

Semuanya bergantung pada persembaha­n mereka yang bertemakan ‘Muzikal’ dan ‘Bebas’.

Mampukah mereka memikat hati barisan juri; Douglas Lim, Remy Ishak, Scha Alyahya dan Tya Arifin serta peminat menerusi dua persembaha­n terakhir mereka di pentas MLM 2018 malam ini?

Untuk menghangat­kan lagi kemeriahan minggu akhir MLM 2018, Astro Warna bakal menganjurk­an Karnival Lawak Mega yang akan berlangsun­g bermula jam 10.30 pagi hingga 11.00 malam, pada hari ini (18 Januari) di Royal Teater, Shah Alam. Pelbagai aktiviti menarik menanti pengunjung seperti beramah mesra bersama pelawak popular, finalis MLM 2018 dan pelakon drama popular. Selain itu, terdapat juga pertunjukk­an silap mata, badut jalanan, foodtruck serta pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi. Masuk adalah percuma.

Konsert Maharaja Lawak Mega 2018 (Minggu Akhir) bersiaran secara langsung dari Royal Teater Shah Alam di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124) pada jam 9 malam ini (Jumaat).

Untuk pilihan alternatif, program realiti pertanding­an komedi ini turut boleh ditonton menerusi platform digital Astro Go dan On Demand.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? ZERO
ZERO
 ??  ?? PUTEH
PUTEH
 ??  ?? SHIRO
SHIRO
 ??  ?? TAMAN
TAMAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia