Utusan Borneo (Sarawak)

Ardi Sa’ait muncul juara kategori DSLR Terbuka pertanding­an fotografi DUN

-

Ardi Sa’ait merangkul gelaran juara Pertanding­an Fotografi, Selfie dan Wefie kategori DSLR Terbuka sempena perayaan Ulang Tahun Ke-150 Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

Juara kategori itu membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM5,000 dan trofi.

Naib juara dan pemenang tempat ketiga bagi kategori sama ialah Ahmad Rushdan Abdul Manan dan Liew San Yen yang masing- masing membawa pulang wang tunai RM3,000 dan RM2,000 berserta trofi.

Bagi kategori DSLR Universiti dan Kolej pula, juara dimenangi Cecelia Lai Yan Fei sekali gus meraih wang tunai RM3,000 serta trofi.

Pemenang tempat kedua dan ketiga kategori itu ialah Noor Azfa Sheblee dan Muhammad Khairil Akmal Pendi yang masing-masing membawa pulang wang tunai RM2,000 dan RM1,000 berserta trofi.

Kategori DSLR Sekolah Menengah dan Rendah pula menyaksika­n tempat pertama dimenangi Muhammad Izzatur Nazreen Sepian yang membawa pulang wang tunai RM1,000 serta trofi.

Tempat kedua dan ketiga pula dimenangi Dayang Nurin’asyiqin Awang Hafizam dan Mimi Nursharmir­za Muhammad Rais yang masing-masing meraih wang tunai RM800 dan RM500 berserta trofi.

Majlis penyampaia­n hadiah kepada pemenang disempurna­kan Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar di bangunan DUN di sini semalam.

Hadir sama Timbalan Speaker DUN Dato Gerawat Gala, Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti merangkap pengerusi pertanding­an Datuk Francis Harden Hollis, ADUN Batu Kitang Lo Khere Chiang, ADUN Telan Usan Dennis Ngau, Setiausaha Politik Ketua Menteri Abu Seman Jahwie dan tetamu kehormat lain.

Kategori Selfie Terbuka pula, tempat pertama dimenangi Aminah Osman sekali gus membawa pulang wang tunai RM3,000 serta trofi.

Tempat kedua dan ketiga pula dimenangi Fatin Abdul Haddy dan Ismail Majid yang masing- masing membawa pulang wang tunai RM2,000 dan RM1,000 serta trofi.

Kategori Selfie Sekolah Menengah dan Rendah, tempat pertama dimenangi Nur Alisya Raihana Yuslisam yang membawa pulang wang tunai RM1,000 serta trofi.

Tempat kedua dan ketiga dimenangi Diana Naqwa Nizam Hakim dan Dhiya Amelyn Rosmadi yang masing-masing membawa pulang wang tunai RM800 dan RM500 serta trofi.

Sementara itu, Kategori Wefie Terbuka, tempat pertama dimenangi Aminah Osman yang meraih wang tunai RM3,000 dan trofi.

Tempat kedua dan ketiga dimenangi Nur Aliaa Ahmad dan Dayang Ann Amalina Abang Yamin yang masing-masing membawa pulang wang tunai RM2,000 dan RM1,000 serta trofi.

Kategori Wefie Universiti dan Kolej pula, juara dimenangi Imelda Ecrin Jonathan, tempat kedua Nor Fazlin Sapari dan tempat ketiga diraih Fatin Ameera Jammil.

Kategori Wefie Sekolah Menengah dan Rendah menyaksika­n tempat pertama dimenangi Nur Alisya Raihana Yuslisam, tempat kedua Nur Alya Athirah Rahim dan tempat ketiga Azeem Raees Rosman.

Para pemenang kategori tersebut masing-masing membawa pulang wang tunai RM1,000, RM800 dan RM500 berserta trofi.

 ??  ?? TAHNIAH: Asfia menyampaik­an hadiah kepada Ardi sambil ditemani (dari dua kiri) Harden, Gerawat, Lo dan Abu Seman.
TAHNIAH: Asfia menyampaik­an hadiah kepada Ardi sambil ditemani (dari dua kiri) Harden, Gerawat, Lo dan Abu Seman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia