Utusan Borneo (Sarawak)

Kolej SIDMA Sarawak komited lahirkan lebih ramai graduan pendidikan awal kanak-kanak

-

Kolej SIDMA Sarawak komited untuk melahirkan lebih ramai graduan pendidikan awal kanak-kanak yang dapat menyumbang semula kepada komuniti.

Pengerusi Kumpulan SIDMA Dr Mornie Kambrie berkata, ada graduan kolej tersebut yang telah mewujudkan taska sendiri di sebuah gereja di kampung halamannya di Kota Belud, Sabah.

Inisiatif graduan itu katanya, menjadi kebanggaan masyarakat­nya sendiri dan pihak Kolej SIDMA.

“Saya difahamkan graduan ini telah melanjutka­n pelajarann­ya di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan akan melanjutka­n pelajarann­ya ke peringkat Sarjana.

“Ini adalah satu contoh yang baik dan kita mahu graduan kita tidak takut untuk balik ke kampung halaman masing-masing dan membuka taska bagi membantu komuniti,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Konvokesye­n Kelima Kolej SIDMA Sarawak di Dewan Kompleks Islam Sarawak di sini semalam.

Tambah Dr Mornie, Kolej SIDMA telah lama wujud dan mula menawarkan program Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak pada 2011.

Sehingga kini katanya, Kolej SIDMA Sarawak mempunyai lebih 1,200 pelajar dan hampir 2,000 pelajar di Kolej SIDMA Kota Kinabalu, Sabah.

Hampir 50 peratus daripada jumlah tersebut merupakan pelajar bagi program pendidikan awal kanak-kanak.

“Hari ini (semalam) merupakan kemuncak untuk anda, pelajar program Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak, menerima skrol masing-masing selepas 30 bulan atau lebih belajar.

“Kepada ibu bapa, tahniah dan syabas saya ucapkan kerajan kejayaan anak-anak masing-masing pada hari ini (semalam).

“Kejayaan ini datang dengan beberapa rintangan dan saya nasihatkan graduan supaya melanjutka­n pengajian jika belum mendapat pekerjaan,” katanya.

Majlis konvokesye­n semalam menyaksika­n seramai 205 graduan Diploma Pendidikan Awa Kanak-Kanak menerima skro masing-masing yang disampaika­n oleh Menteri Kebajikan Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pendidikan Kanak-Kanak, Dato Sri Fatimah Abdullah.

Pada konvokesye­n itu, Dr Mornie turut menyampaik­an Anugerah Pengerusi kepada graduan Nurkhairun­nisa Drahman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia