Utusan Borneo (Sarawak)

Fakta sejarah penting berkaitan Sarawak khasnya dan negara amnya perlu dinyatakan dengan tepat dan tanpa berat sebelah

- Oleh Saibi Gi

KUCHING: Kandungan buku teks sekolah bukan sahaja perlu diperbetul­kan bahagian yang tidak menyenarai­kan Sarawak sebagai negeri pengeluar minyak, malah banyak lagi yang dilakukan agar sejarah fakta penting berkaitan negeri dan negara ini disertakan.

Ketua Wanita PBB Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, antara yang perlu dimasukkan dengan lebih tepat dan tanpa berat sebelah ialah sejarah penubuhan Malaysia, Perjanjian Malaysia 1963, hari perayaan seperti Hari Malaysia, tarikh Sarawak merdeka dan kemerdekaa­n Tanah Melayu.

Beliau yang juga bekas pengetua sekolah diminta mengulas mengenai isu buku

Kita berharap kementeria­n harus lebih teliti dan merujuk kepada Menteri Pendidikan Sarawak sebelum menerbitka­n apa-apa fakta melibatkan Sarawak untuk kegunaan buku teks

” sekolah seperti buku teks sejarah terutamany­a.

teks Bahasa Melayu Tingkatan 1 yang tidak menulis Sarawak sebagai negeri pengeluar minyak. Buku itu cuma menyenarai­kan Kelantan, Terengganu dan Sabah.

Sementara itu, Abdul Halim Hamdian dari Kelab Kesetiaan Sarawak berkata, Kementeria­n Pendidikan tidak teliti dalam perkara berkaitan fakta dan sejarah melibatkan industri petroleum Sarawak dan Persekutua­n Malaysia dengan tidak meletakkan Sarawak sebagai sebuah wilayah pengeluar minyak dan gas dalam buku teks Tingkatan 1.

Sekiranya sikap ini diteruskan, ia boleh merosakkan kefahaman pelajar terhadap Persekutua­n Malaysia itu sendiri, jelasnya.

“Jika pihak Kementeria­n Pendidikan melakukann­ya secara sengaja, ia tetap tidak mempengaru­hi proses penguatkua­saan Ordinan Per- lombongan Minyak 1958 oleh kerajaan Sarawak terhadap operasi mana-mana syarikat minyak dan gas (termasuk Petronas) di dalam wilayah Sarawak bermula 1 Januari 2019.

“Kita berharap kementeria­n harus lebih teliti dan merujuk kepada Menteri Pendidikan Sarawak sebelum menerbitka­n apa-apa fakta melibatkan Sarawak untuk kegunaan buku teks sekolah seperti buku teks sejarah terutamany­a,” katanya ketika dihubungi.

Utusan Borneo semalam melaporkan buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 1 tidak menyenarai­kan Sarawak sebagai negeri pengeluar minyak di Malaysia.

Kesilapan itu dikesan pada ruangan ‘Perkasa ilmu, Tahukah anda?’ pada muka surat 23 dalam buku setebal 236 muka surat.

Ruangan itu ditulis ‘Negara pengeluar utama minyak dunia ialah Amerika Syarikat (13.7 peratus), Arab Saudi (11.9 peratus), dan Rusia (11 peratus). Malaysia juga merupakan antara negara pengeluar minyak dunia. Kawasan car gali minyak di Malaysia terdapat di perairan Terengganu Kelantan dan Sabah.’

Penulis buku tersebut tidak memasukkan Sarawak sebaga negeri pengeluar minyak dan gas dalam ruangan yang dimuatkan di muka surat terbabit.

Buku keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka dan dicetak pada 2016 itu ditulis Mardian Shah Omar, Solehah Mustafa dan Beseknorli­ana Remeng.

Abdul Halim Hamdian NGO

 ??  ?? FATIMAH
FATIMAH
 ??  ?? ABDUL HALIM
ABDUL HALIM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia