Utusan Borneo (Sarawak)

‘Gagal bawa masuk UMNO, kini promosi BERSATU pula’

-

Kumpulan yang dilihat cuba membawa masuk UMNO ke Sarawak tetapi gagal, kini dipercayai cuba mempromosi­kan Parti Pribumi Bersatu ( BERSATU) di negeri ini pula.

Pengerusi PBB Cawangan Piasau Kaunselor Sardon Zainal berkata, tiada pihak yang menafikan kewujudan BERSATU di Miri dan Sarawak, namun kini sebuah kumpulan terdiri daripada golongan yang ‘kecewa’ dilihat mulai giat mempromosi­kan parti itu.

“Walaupun ketika ini jumlah mereka masih kecil berbanding PBB dan parti-parti komponen GPS yang lain, tetapi kita tidak boleh mengabaika­n mereka sekarang, sebaliknya perlu mengimbang­i dengan melakukan banyak aktiviti dan program pembanguna­n GPS dan PBB,” katanya kepada Utusan Borneo di sini, semalam.

Beliau mengulas mengenai beberapa individu yang dilihat bergerak di sini dan beberapa lokasi lain yang giat mempromosi­kan parti dari Semenanjun­g Malaysia seperti BERSATU, PKR serta DAP di kalangan rakyat di sini termasuk generasi muda yang mudah dipengaruh­i golongan tersebut yang hanya tahu membantah kerajaan negeri sekarang.

Menurut Sardon, sekumpulan individu tersebut turut dilihat mengedarka­n borang keanggotaa­n atau mempromosi­kan parti melalui pelbagai kaedah termasuk di kafe, ketika bermesyuar­at dan dalam media sosial.

Beliau berkata, mereka juga yang cuba membawa masuk UMNO beberapa tahun dahulu tetapi gagal meyakinkan rakyat Sarawak.

Katanya, perkembang­an semasa yang berlaku di sekitar bandar raya Miri itu perlu diambil serius wakil GPS atau wakil rakyat mereka kerana ia akan menjadi sangat menjengkel­kan jika keahlian mereka di bandar raya itu meningkat dan boleh menjejaska­n pengundi yang menyokong GPS ketika ini.

Sebaliknya beliau mendedahka­n bahawa parti komponen GPS mempunyai pengalaman dan kemahiran yang luas untuk meraih sokongan dan merekrut keahlian baharu.

Oleh yang demikian katanya, ia mesti dilakukan dengan pantas untuk mengelak daripada dibayangi partiparti dari Semenanjun­g Malaysia ini.

Bagaimanap­un, beliau menegaskan hanya GPS platform relevan untuk mempertaha­nkan hak Sarawak dan perjanjian MA63 yang perlu dikembalik­an kepada orang Sarawak, bukannya BERSATU, PKR atau DAP.

Berkongsi pandangan politiknya, ahli PBB Hasnan Ahmad berkata, era politik hari ini semakin kuat di kalangan masyarakat terutamany­a dalam menuntut hak Sarawak.

Beliau berkata, sememangny­a PRN 2021 sangat baik berbanding PRN lalu di mana kerajaan persekutua­n Pakatan Harapan berusaha keras untuk merebut kemenangan daripada kerajaan GPS Sarawak.

“Boleh dikatakan Kerajaan Persekutua­n ‘ memerangi’ kerajaan negeri untuk melihat siapa yang akan menjadi yang terbaik dalam pilihan raya akan datang,” kata Hasnan semalam.

Beliau berkata, GPS adalah parti komponen tempatan dari Sarawak manakala BERSATU juga berhasrat untuk mempertaha­nkan hak rakyat berdasarka­n Perjuangan S4S.

Kini kata beliau, ramai orang Sarawak menyertai BERSATU secara diam-diam kerana ia terbuka kepada semua rakyat Sarawak dan GPS tidak boleh menyalahka­n mana- mana parti politik (pembangkan­g) seperti PKR, Amanah, DAP dan BERSATU yang telah membentuk kerajaan persekutua­n PH.

“Oleh itu, apa yang penting GPS perlu bekerja lebih keras untuk meyakinkan dan menunai janji-janji yang dibuat kepada penduduk di kampung, rumah panjang, bandar mahupun kawasan pinggir bandar untuk memastikan rakyat terus memberi sokongan dan kepercayaa­n kepada kerajaan negeri hari ini,” katanya.

Hasnan menegaskan, GPS perlu bekerja kuat jika mahu mempertaha­nkan Sarawak sambil berharap parti itu perlu lebih aktif membantu dari segi projek yang memberi faedah kepada masyarakat.

Beliau berkata, wakil-wakil rakyat GPS perlu memainkan peranan dan sentiasa bersama rakyat di kawasan masingmasi­ng.

“Kita tidak dapat menjangka apa akan berlaku pada pilihan raya akan datang kerana menang atau kalah kita terletak di tangan rakyat,” tambahnya. K U C H I N G : Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) diminta memberi penjelasan berhubung kejadian banjir kilat yang berlaku di kawasan Padang Merdeka di sini meskipun jutaan ringgit telah dibelanja untuk menaik taraf sistem perparitan di situ.

Permintaan itu disuarakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pending Violet Yong yang memetik laporan akhbar bertarikh 5 Disember 2018 dan mengatakan DBKU diperuntuk­kan RM8.5 juta bagi menyelesai­kan masalah banjir di bandar raya ini.

“Kawasan Padang Merdeka masih juga mengalami banjir kilat semasa hujan lebat menyebabka­n kesesakan lalu lintas yang teruk dan ketidaksel­esaan kepada pengguna jalan raya serta pemilik-pemilik kedai di situ,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Yong berkata, DBKU se- perti dilaporkan dalam akhbar sebelum ini memberitah­u tiga fasa projek menaik taraf sistem perparitan di situ telah dilakukan dan melibatkan kos RM8.5 juta.

“DBKU perlu menjelaska­n kenapa ia gagal menyelesai­kan masalah ini. Kita tidak boleh membenarka­n agensi dan kerajaan negeri di bawah GPS ( Gabungan Parti Sarawak) sewenang-wenangnya membelanja­kan wang pembayar cukai,” katanya.

Yong berkata, wang pem- bayar cukai seharusnya disalurkan dengan betul untuk manfaat rakyat.

Tambahan katanya, kawasan-kawasan terjejas adalah destinasi tumpuan pelancong dan situasi banjir kilat itu akan menjejaska­n imej bandar raya Kuching.

Pada sidang media itu, beliau menunjukka­n gambar diambi orang ramai pada 8 Januar lalu, jalan bersebelah­an Padang Merdeka ditenggela­m air selepas hujan lebat.

Menurutnya, insiden banjir kilat terkini yang berlaku di kawasan itu ialah pada 1 Januari lalu dan 23 November 2018.

“DBKU dengan bangga mengumumka­n masalah in akan selesai. Kita mahu DBKU memberi penjelasan (kenapa ia masih terjadi).

“GPS perlu serius dan berhati-hati membelanja­kan wang rakyat, tidak berapa banyak sumber yang kita ada,” ujarnya.

 ??  ?? KENAPA MASIH BERLAKU?: Yong menunjukka­n gambar banjir kilat yang berlaku di kawasan Padang Merdeka pada 8 Januari tahun ini.
KENAPA MASIH BERLAKU?: Yong menunjukka­n gambar banjir kilat yang berlaku di kawasan Padang Merdeka pada 8 Januari tahun ini.
 ??  ?? SARDON
SARDON
 ??  ?? HASNAN
HASNAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia