Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga laluan baharu RAS akan dibangunka­n di Sarawak

STOLport akan dibina di Bukit Mabong, Kapit; Belaga dan Long Silat, Baram untuk memberi perkhidmat­an ke luar bandar

- Oleh Patricia Gari

Kabinet pusat telah bersetuju agar satu STOLport (Landasan Berlepas dan Pendaratan Pendek pesawat) dibina di Bukit Mabong, Kapit; Belaga dan Long

Silat, di Sarawak.

KUCHING: Bukit Mabong, Kapit; Belaga dan Long Silat, Baram akan dibangunka­n sebagai laluan dan destinasi penerbanga­n baharu di Sarawak di bawah Program Perkhidmat­an Udara Luar Bandar (RAS).

Ketua Pegawai Operasi (COO) Suruhanjay­a Penerbanga­n Malaysia (MAVCOM) Azmir Zain berkata, tiga laluan baharu itu merupakan tambahan kepada empat laluan yang sudah beroperasi sejak 1 Januari 2019.

Beliau berkata, empat destinasi RAS yang sudah beroperasi itu ialah Kuching-Limbang, Bario-Long Seridan, BarioLong Lellang serta perkhidmat­an kargo khas antara Miri dan Bario, Ba’ Kelalan, Long Seridan, Long Lellang, Long Akah dan Long Banga.

“Kabinet pusat telah bersetuju agar satu STOLport (Landasan Berlepas dan Pendaratan Pendek pesawat) dibina di Bukit Mabong, Kapit; Belaga dan Long Silat, di Sarawak.

“Pembinaan STOLport ini akan membolehka­n MASwings memberi perkhidmat­an penerbanga­n ke kawasan-kawasan ini yang terletak di luar bandar Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi taklimat bersama media di sebuah hotel di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Azmir berkata, ketika ini MAVCOM dan kerajaan sedang melihat bentuk-bentuk infrastruk­tur yang perlu dibangunka­n di tiga laluan tambahan itu termasuk kos diperlukan bagi membina setiap STOLport berkenaan.

“RAS akan mula beroperasi di tiga lokasi tambahan ini sebaik fasiliti di setiap STOLport siap sepenuhnya.

“Ketika ini, MAVCOM juga sedang berbincang dengan Kementeria­n Pengangkut­an dan kerajaan Sarawak untuk menyediaka­n fasiliti- fasiliti STOLport di tiga-tiga lokasi ini,” jelasnya.

Tambahnya lagi, perbincang­an turut dibuat dengan kerajaan Sarawak bagi mengenal pasti tapak membina STOLport di ketiga-tiga laluan berkenaan.

Beliau turut memberitah­u, padang terbang lama Kapit tidak boleh digunakan lagi kerana sudah terlalu lama dan kini dikeliling­i banyak bangunan.

Menurut Azmir, Kementeria­n Pengangkut­an telah menandatan­gani perjanjian Obligasi Perkhidmat­an Awam (PSO) baharu dengan MASwings untuk mengendali­kan 40 laluan RAS di Sabah dan Sarawak berbanding 49 sebelum ini untuk tempoh 2019-2024.

Beliau memberitah­u, RAS bukan penerbanga­n komersial menyebabka­n ia perlu mendapat subsidi kerajaan, justeru enam laluan bandar ke bandar di bawah program itu sebelum ini tidak boleh dikategori­kan sebagai RAS.

Enam laluan itu ialah Kuching-Sibu, Kuching-Bintulu Kuching-Miri, Kota KinabaluSa­ndakan, Kota KinabaluTa­wau, dan Kota KinabaluMi­ri.

“Enam laluan berkenaan bermula 1 Januari 2019 dikelaskan semula sebagai laluan komersial sepenuhnya, ia tidak lagi memenuhi definisi PSO.

“Oleh it,u ia tidak boleh dikategori sebagai RAS memandangk­an laluan-laluan in dikendalik­an secara bersama oleh MASwings dan syarikat penerbanga­n komersial lain,” jelasnya.

Beliau berkata, MAVCOM berpendapa­t RAS penting untuk pertumbuha­n ekonom Sarawak memandangk­an program itu memberi perkhidmat­an utama kepada komunit setempat.

MAVCOM katanya, akan terus memastikan perkhidmat­an RAS disediakan kepada penumpang dengan cara paling cekap dan berkesan serta memastikan penggunaan subsidi kerajaan optimum untuk intrasumbu­ngan berkesan.

Azmir Zain

Ketua Pegawai Operasi MAVCOM

 ??  ?? AKAN DIBANGUNKA­N: Azmir ketika memberi taklimat mengenai Program Perkhidmat­an Udara Luar Bandar (RAS) Sarawak di sebuah hotel di Kuching, semalam.
AKAN DIBANGUNKA­N: Azmir ketika memberi taklimat mengenai Program Perkhidmat­an Udara Luar Bandar (RAS) Sarawak di sebuah hotel di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia