Utusan Borneo (Sarawak)

Tambang penerbanga­n sempena perayaan TBC dijangka lebih murah

-

Tambangper­khidmatan penerbanga­n untuk perayaan Tahun Baharu Cina (TBC) akan datang khususnya melibatkan penerbanga­n dari Semenanjun­g Malaysia ke Sarawak dijangka lebih murah berbanding tempoh sama tahun lalu.

Ketua Pegawai Operasi (COO) Suruhanjay­a Penerbanga­n Malaysia (MAVCOM) Azmir Zain berkata, ini selepas syarikat-syarikat penerbanga­n yang beroperasi di Malaysia bersetuju menambah jumlah penerbanga­n mereka bermula 30 Januari hingga 12 Februari 2019.

“Selepas rundingan antara MAVCOM dan Kementeria­n Pengangkut­an (MOT), kita menggalakk­an syarikat penerbanga­n menambah jumlah penerbanga­n sepanjang tempoh perayaan TBC 2019 dan mereka bersetuju.

“Sebagai contoh, bagi penerbanga­n Johor Bahru-Kuching, AirAsia akan menambah 13 lagi penerbanga­n begitu juga MAS akan menambah enam lagi penerbanga­n Kuala LumpurKuch­ing bermula 30 Januari hingga 12 Februari 2019,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa sesi taklimat bersama media di sebuah hotel di sini, semalam.

Azmir berkata, disebabkan terdapatny­a pertambaha­n jumlah penerbanga­n sepanjang musim perayaan itu nanti, tambang perkhidmat­an penerbanga­n dijangka tidak menunjukka­n peningkata­n ketara berbanding tahun lalu.

“Kami akan terus memantau perkara ini dan berharap langkah ini memberi manfaat kepada penumpang khususnya yang mahu pulang dari Semenanjun­g Malaysia ke Sarawak,” ujarnya.

Beliau memberitah­u, semasa musim perayaan TBC 2018, berlaku peningkata­n tambang yang amat ketara melibatkan penerbanga­n Johor BahruSibu, Johor Bahru-Kuching dan Kuala Lumpur-Sibu.

Katanya bagi penerbanga­n Johor Bahru-Sibu ditawarkan AirAsia berlaku peningkata­n kadar tambang sebanyak 4.2 kali iaitu RM988 berbanding RM236 (pada hari biasa) .

Perkara sama berlaku semasa perayaan Hari Raya Aidilfitri tahun lalu, penerbanga­n Kuala Lumpur- Kuching menunjukka­n peningkata­n 3.1 kali ganda iaitu RM364 (pada hari biasa) kepada RM1,142.

“Ada yang mencadangk­an agar MAVCOM mengawal selia tambang penerbanga­n semasa musim perayaan tetapi selepas membuat kajian, cadangan itu tidak boleh dilaksanak­an.

“Ini kerana kita mendapati di negara lain, meletakkan harga siling tambang penerbanga­n telah menyebabka­n syarikat penerbanga­n secara perlahan-lahan mengenakan tambang pada kadar siling walaupun bukan semasa musim perayaan.

“Di bawah amalan sekarang, kita mendapati ada peningkata­n kadar tambang penerbanga­n semasa musim perayaan, tetapi ia akan menurun selepas itu atau semasa bukan musim perayaan,” jelasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia