Utusan Borneo (Sarawak)

SSGP Petronas anjur Program Pelan Tindakan Kecemasan dengan kerjasama JBPM Sarawak

-

Sabah Sarawak Gas Pipeline (SSGP) Petronas menganjurk­an Program Pelan Tindakan Kecemasan bagi memantapka­n kesedaran dan keselamata­n dalam kalangan masyarakat khasnya penduduk dan pekerja yang tinggal di sepanjang laluan saluran paip gas di daerah ini kelmarin.

Ketua Unit Sokongan Operasi Petronas SSGP Suffian Sabeli berkata, program itu merupakan program kerjasama pihaknya bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sarawak.

“Program ini merupakan panduan mengenai pengendali­an operasi yang melibatkan insiden seperti talian paip meletup dan terbakar, pelepasan gas di talian paip yang tidak terkawal, ancaman bom, helikopter terhempas semasa melakukan operasi pengawasan dan tanah runtuh dilaluan paip gas,”katanya pada program itu kelmarin.

Turut sama ialah Ketua Bomba Zon Enam Miri mewakili Pengarah JBPM Negeri Sarawak Law Poh Kiong, Ketua Bomba Zon Tujuh Limbang Edmund Mahai Amboh, Ketua Balai Bomba Lawas Zaki Husin, ketua jabatan kerajaan dan ketua masyarakat.

Program itu katanya lagi, satu mekanisme pengurusan bencana Majlis Keselamata­n Negeri (MKN) secara menyeluruh meliputi peringkat sebelum, semasa dan selepas bencana yang melibatkan jumlah mangsa dan kemusnahan harta benda yang besar.

Katanya, program yang diadakan menekankan kesedaran pentingnya tindakan kecemasan yang harus dilakukan sekiranya berlaku sebarang insiden tidak diingini khasnya kebakaran.

Ini termasuk menjauhi perkara-perkara atau perbuatan yang mengundang bahaya di kawasan terlibat.

“Melalui program ini, kita ingin memastikan tindakan segera dan bantuan agensi-agensi yang berkaitan dapat diambil secara efektif dengan cekap dan profesiona­l.

“Pada masa sama program ini dapat memastikan masyarakat setempat diberi pendedahan dan latihan bagi pembiasaan dan penyesuaia­n diadakan secara berterusan dalam menghadapi sebarang kemungkina­n kemalangan dan kebakaran,” ujarnya lagi.

Pelbagai aktiviti dijalankan, antaranya, simbolik penyerahan peralatan Pelan Tindakan Kecemasan (IAP) kepada ketua-ketua kampung yang terlibat, penyerahan peralatan kits keselamata­n kepada empat kampung iaitu Sahabat Baru, Long Segaman, Ka Pulu dan Lepaki serta taklimat daripada JBPM Zon Tujuh Limbang.

Seramai 110 penduduk kampung hadir memeriahka­n program itu.

 ??  ?? TINGKATKAN KESEDARAN: Law (Empat kiri), Suffian, Edmund (lapan kiri), Zaki (kanan) bersama penerima kit keselamata­n kelmarin.
TINGKATKAN KESEDARAN: Law (Empat kiri), Suffian, Edmund (lapan kiri), Zaki (kanan) bersama penerima kit keselamata­n kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia