Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak Energy utamakan kesejahter­aan sosial penduduk di Skim Penempatan Semula Bakun

-

Sarawak Energy bekerja rapat dengan 15 rumah panjang di Skim Penempatan Semula Bakun di Sungai Asap dan Sungai Koyan dalam projek untuk meningkatk­an kesejahter­aan sosial mereka sejak pemaju tenaga itu melengkapk­an pengambila­n Sarawak Hidro sebagai pemilik dan pengusaha Loji Hidroelekt­rik Bakun dari Kementeria­n Kewangan Malaysia pada 2017.

Terletak kira-kira dua jam dari Bintulu dan sejam dari loji hidroelekt­rik, komuniti itu diwujudkan pada 1998 apabila 15 rumah panjang yang terdiri daripada masyarakat Kayan, Kenyah, Kajang dan Penan dipindahka­n dari Sungai Balui di hulu Rajang untuk memberi laluan kepada pembinaan Empangan Bakun yang menjana 2,400 megawat elektrik.

Berdasarka­n falsafah bahawa projek yang menjejaska­n masyarakat harus memberi manfaat positif kepada mereka, program pelaburan sosial baharu Sarawak Energy di kawasan itu fokus kepada pendidikan, warisan kebudayaan dan keselamata­n, selain pembanguna­n keusahawan­an dan pembanguna­n modal insan.

“Kita telah melibatkan masyarakat yang memaklumka­n kita tentang beberapa cabaran dan membincang­kan langkah yang dapat menangani cabaran ini menerusi kerangka kerja yang menyeluruh,” kata Pengurus Besar (Tanggungja­wab Sosial Korporat dan Kelestaria­n) Sarawak Energy Jiwari Abdullah dalam kenyataan akhbar, semalam.

Daripada penglibata­n ini, projek tanggungja­wab sosial korporat sudah berkembang yang merangkumi bantuan bagi menaik taraf infrastruk­tur selari dengan perkembang­an komuniti di penempatan semula itu dengan rumah panjang yang mencatatka­n peningkata­n dalam jumlah isi rumah.

“Hasil daripada pelbagai dialog, kita telah bekerjasam­a dengan masyarakat menerusi jawatankua­sa seperti Persatuan Peribumi Tasik Balui (BLNA) dan Peng MarenMaren Uma (Persatuan KetuaKetua Rumah Panjang) dalam program untuk memanfaatk­an komuniti,” kata Jiwari.

Projek komuniti baharu bersama Sarawak Energy termasuk kerja merata tanah untuk memperluas­kan tanah perkuburan tradisiona­l, selain memperbesa­rkan tanah komunal untuk menampung populasi rumah panjang yang semakin bertambah.

Sejak masyarakat berkenaan dipindahka­n pada 1998, dua tapak perkuburan di Sungai Asap dan Sungai Koyan sudah penuh, yang dikongsika­n oleh penduduk dari 15 rumah panjang berkenaan.

Untuk memperbesa­rkan tapak perkuburan Sungai Asap, kerja merata tanah bermula bulan lepas dan mewujudkan sistem permukaan bumi bagi memaksimum­kan tapak perkuburan dan melindung kawasan tersebut daripada hakisan dengan membina sistem perparitan.

Fasa seterusnya melibatkan perluasan tapak perkuburan d Sungai Koyan.

Selain itu, Sarawak Energy juga membantu masyaraka berkenaan dalam kerja merata tanah bagi memperbesa­rkan rumah panjang.

Pertama di dalam senara ialah tanah komunal untuk Uma Kelap yang menyaksika­n pertambaha­n populasi isi rumah sejak dipindahka­n.

Apabila kerja tersebut siap nanti, penduduk merancang untuk membina 50 pintu rumah lagi tidak jauh dari rumah panjang sedia ada.

Ketika penduduk tersebut pertama kali pindah dari hulu Sungai Balui ke Sungai Asap terdapat 104 pintu rumah dengan populasi 477 penduduk dan jumlah itu meningkat dua kali ganda pada tahun lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia