Utusan Borneo (Sarawak)

Langkah diambil lindungi kepentinga­n nelayan tempatan

Pembatalan beratus-ratus lesen perikanan laut dalam bakal mengubah industri perikanan di negara ini, kata Dr Teo

- Oleh Clare Cinderella

Isu nelayan asing ini sudah lama dibangkitk­an, 20 tahun lalu di mana nelayan membuat banyak keluhan tetapi

“tiada tindakan konkrit yang diambil secara drastik.

MIRI: Sejak 20 tahun lalu, nelayan asing khasnya dari negara Thailand dan Vietnam ‘hidup mewah’ dengan mengaut keuntungan dari negeri ini dengan sewenang- wenangnya sama ada menerusi hasil tangkapan ikan yang lumayan mahupun dengan menyeludup keluar bahan bakar bersubsidi.

Pada masa yang sama pula, nelayan tempatan terus dihimpit kesukaran disebabkan terpaksa bersaing dengan mereka dan sesetengah­nya pula kekal miskin.

Ahli Parlimen Miri, Dr Michael Teo mendedahka­n kapal nelayan dan anak kapal warga asing itu hanya ‘bertopengk­an’ lesen perikanan yang diberikan kepada nelayan tempatan yang dipergunak­an mereka sepenuhnya untuk mendapatka­n kemudahan menangkap ikan dan bahan bakar bersubsidi.

“Apabila mereka sudah memperoleh­i jumlah ikan yang disasarkan, mereka akan balik ke negara asal mereka bersama hasil tangkapan berserta minyak bersubsidi yang diberikan kerajaan kepada nelayan tempatan.

“Akibatnya negeri dan negara ini yang menanggung kerugian besar, sedangkan nelayan asing mengaut keuntungan sewenang-wenangnya,” ujar beliau.

Ada kalanya nelayan asing ini, kebanyakan­nya dari Thai- land dan Vietnam, menangkap ikan di perairan negeri ini menggunaka­n lesen nelayan tempatan, kemudian hasil tangkapan ikan dijual atau dihantar ke kapal induk dari negara mereka yang menunggu di perairan antarabang­sa, untuk dieksport atau dibawa balik ke negara mereka.

“Manakala ikan-ikan yang ditolak kapal utama tadi, termasuk ikan- ikan ‘ kelas kedua’ dibawa balik untuk dijual di pasaran negeri ini,” jelasnya.

Dr Teo berkata, nelayan tempatan mengalami penipuan dan kerugian seperti ini selama bertahun-tahun selepas bersaing dengan nelayan asing menggunaka­n kaedah penangkapa­n ikan dengan cara lebih agresif yang turut memusnahka­n kehidupan laut lain serta alam sekitar.

“Isu nelayan asing ini sudah lama dibangkitk­an, 20 tahun lalu di mana nelayan membuat banyak keluhan tetapi tiada tindakan konkrit yang diambil secara drastik,” katanya.

Justeru kini katanya, kerajaan persekutua­n Pakatan Harapan ( PH) mengambil langkah tegas dengan memberhent­ikan pengeluara­n lesen menangkap ikan bagi melindungi kepentinga­n nelayan tempatan di negara ini.

Menurut Dr Teo, ini merupakan isu lama yang dihadapi para nelayan di sini dan dengan pengumuman Kementeria­n Pertanian dan Asas Tani baru-baru ini yang membatalka­n beratus-ratus lesen perikanan laut dalam yang majoritiny­a dipelopori nelayan asing, ia bakal mengubah industri perikanan di negara ini dan Sarawak khasnya.

Jelasnya, jika sebelum ini harga ikan lebih tinggi tetapi dengan pembatalan lesen tersebut, harga ikan akan menurun apabila ikan yang ditangkap akan kembali ke pasaran Sarawak dan tidak ke negara lain.

Dr Teo berkata, dasar-dasar baharu adalah langkah perubahan bagi nelayan tempatan di Malaysia kerana industri perikanan akan menjadi lebih telus disebabkan tiada persaingan dengan nelayan asing.

Beliau menambah kata, ia merupakan langkah yang amat bagus untuk nelayan kerana mereka kini bebas menangkap ikan di perairan sendiri tanpa rasa takut dengan ancaman nelayan asing asing yang menggunaka­n kaedah pukat tunda ganding yang diharamkan di negara ini.

Sementara itu, Pengerus Persatuan Nelayan Kawasan ( PNK) Miri Musa Bujang pada sidang media yang sama memberitah­u, mereka amat mengalu- alukan langkah kerajaan itu yang diteruskan daripada kerajaan terdahulu turut memberi impak positif kepada industri perikanan di negeri ini kerana meningkatk­an jumlah tangkapan mereka.

Beliau berkata, sepanjang tahun ini para nelayan tempatan Kelas C dan juga nelayan setempat terjejas kerana semua tangkapan ikan laut diambil nelayan asing menggunaka­n kaedah penangkapa­n ikan yang agresif itu.

Hadir sama pada sidang media tersebut ialah Penasiha Persatuan Bot-bot Nelayan Miri Ling Seng Chiong dan Pengerusi PKR Hulu Rajang Abun Sui Anyit.

Dr Michael Teo Ahli Parlimen Miri

 ??  ?? SOKONG: (Dari tiga kiri) Musa, Ling, Dr Teo dan Abun serta yang lain pada sidang media tersebit di Pejabat PKR Miri, semalam.
SOKONG: (Dari tiga kiri) Musa, Ling, Dr Teo dan Abun serta yang lain pada sidang media tersebit di Pejabat PKR Miri, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia