Utusan Borneo (Sarawak)

Tuai rumah pilihan penduduk sendiri wajar diiktiraf

-

Kerajaan wajar memberi sijil pengiktira­fan kepada tuai-tuai rumah yang layak dan dipilih sebulat suara oleh penduduk di rumah panjang yang mahu dipimpin ketua berkenaan.

Ketua PKR Hulu Rajang Abun Sui Anyit memberitah­u, masih ramai ketua kaum yang belum menerima sijil pengiktira­fan daripada kerajaan negeri meskipun mereka sudah lama menjadi ketua.

Malah katanya, ketua kaum tersebut juga berkelayak­an, selain mendapat sokongan majoriti kerana dipilih rakyat dan anak-anak buahnya sendiri.

“Ketua masyarakat yang dipilih rakyat dan sokongan ramai daripada suara majoriti wajar diberi sijil pengiktira­fan oleh kerajaan negeri. “Ini kerana tanpa sijil pengiktira­fan tersebut sukar bagi tuai rumah terbabit mahu memajukan kampung dan rumah panjangnya kerana tidak dapat membawa masuk pembanguna­n,” katanya.

“Tanpa sijil berkenaan, tuai rumah tidak dapat menerima peruntukan dan tidak dapat merangka projek untuk dilaksanak­an di rumah panjangnya, meskipun wakil rakyat di kawasan berkenaan mahu membantuny­a,” tambah beliau lagi.

Ini kerana katanya, untuk memohon sesebuah projek memerlukan sijil ketua kaum yang sah sebelum dapat dilulus dan diberi peruntukan.

Beliau memberitah­u perkara tersebut semasa sidang media di Pejabat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Miri Dr Michael Teo di sini, semalam.

Sehubungan itu, Abun sekali lagi menggesa kerajaan negeri khasnya untuk memberikan pengiktira­fan tersebut khasnya bagi ketua kaum yang layak dan dipilih sendiri anak buah mereka tanpa mengamalka­n sikap pilih kasih sekiranya kerajaan benar-benar mahu membangunk­an rakyat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia