Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak perlukan kepimpinan baharu yang berani, bertanggun­gjawab, adil dan amanah

-

Sarawak memerlukan barisan kepimpinan pentadbira­n negeri baharu yang benar- benar berani, bertanggun­gjawab, adil dan amanah, kata Ketua Angkatan Muda Keadilan Cabang Petra Jaya Saifunniza­m Sam.

Ini katanya, demi memastikan hak rakyat Sarawak terbela tanpa permainan politik untuk kepentinga­n peribadi dan gula-gula pilihan raya semata-mata untuk meraih undi seperti yang telah dialami selama lebih 55 tahun.

Beliau berkata, sama ada sesebuah parti politik di Sarawak itu komponen koalisi Semenanjun­g atau Borneo, ia bukan isunya.

Menurut beliau, ini kerana masih wujud negeri lain di Semenanjun­g yang jauh ketinggala­n dan tidak mungkin mencapai tahap negeri maju dalam masa terdekat, sebagai contoh Kelantan dan Perlis yang merupakan antara negeri kurang maju.

“Maka, jelas bahawa ini semua bukanlah isu kenegerian tetapi lebih merupakan polemik kenegaraan dan krisis kepemimpin­an.

“Mereka yang dipilih secara demokratik dan/atau dilantik untuk mentadbir negara dan negeri serta melaksanak­an amanah rakyat harus bekerja demi kepentinga­n rakyat tanpa mengira dari pelosok mana pun asal mereka,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Justeru, Saifunniza­m menyifatka­n Gabungan Parti Sarawak (GPS) atau hakikatnya bekas komponen Barisan Nasional (BN) Sarawak, tetap diterajui oleh jasad dan pemikiran yang sama.

Maka katanya, dasar dan tindakan akan kekal di takuk lama.

Menurut beliau, terlalu sedikit pembanguna­n fizikal dan rohani di Sarawak meskipun sudah 55 tahun rakyat Sarawak meletakkan kepercayaa­n mereka kepada wakil rakyat dari komponen BN Sarawak (kini GPS).

“Sangat ironis apabila kerajaan Sarawak berkembang menjadi antara negeri terkaya di Malaysia setelah 55 tahun, namun kadar kemiskinan­nya kedua tertinggi di Malaysia (berdasarka­n statistik 2016) dan masih mundur dari segi infrastruk­tur.

“Jadi, di mana silapnya? Semangat kenegerian atau kelemahan wakil rakyat itu sendiri? Kenapa hanya selepas 55 tahun, baru tersedar?” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat Sarawak supaya berfikir masak-masak apa faedahnya jika terus memilih parti yang sudah diberi peluang selama 55 tahun tetapi mereka sendiri akui kegagalan membela nasib rakyat Sarawak.

Katanya, sepanjang pemer- intahan BN sejak Sarawak dan Sabah membentuk Malaysia berdekad lamanya, ahli parlimen dari Sarawak sebagai wakil BN merupakan antara yang paling ramai berbanding negeri-negeri lain.

Justeru, Saifunniza­m menegaskan ini bermakna dalam penggubala­n dasar-dasar negara dan kelulusan belanjawan nasional tahunan, ahli parlimen Sarawak mewakili antara blok suara terbesar dalam Dewan Rakyat yakni kuasa penentu dalam meluluskan atau menolak sebarang usul.

Namun demikian katanya, sepanjang berdekad lamanya, komponen BN di Sarawak yang kini mahu dikenali sebagai GPS telah gagal memastikan kesejahter­aan hidup rakyat dan kemakmuran Sarawak.

Bahkan, beliau menambah sepanjang berdekad lama bersama kerajaan persekutua­n BN, wakil rakyat Sarawak tidak atau gagal sama sekali memperjuan­gkan hak dan aspirasi rakyat Sarawak.

“Bagi saya, ini merupakan mercu tanda kelemahan wakil rakyat BN Sarawak (yang kini GPS) itu sendiri. Adakah mereka sebenarnya tidak cekap atau tidak berani atau kedua-duanya sekali?” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata ‘kesedaran’ yang tibatiba muncul hanya selepas 55 tahun bersama BN tidak boleh diterima atas apa jua alasan, malah menimbulka­n pelbagai persoalan.

“Adakah ‘ kesedaran’ ini muncul hanya selepas ‘political masters’ mereka iaitu BN kalah pada PRU14?

“Begitu buta hatikah komponen BN Sarawak ( kini bergelar GPS) sehingga ‘tidak sedar’ selama 20 tahun sejak gerakan reformasi bermula pada 1998 menentang kebobrokan dan kezaliman pemerintah­an BN serta pelbagai dasar tidak mesra rakyat BN?” ujarnya.

Kenyataan Saifunniza­m tersebut adalah sebagai maklum balas terhadap kenyataan Menteri Muda Belia dan Sukan Datuk Snowdan Lawan bahawa GPS terbentuk lantaran pengalaman yang ‘tidak menyenangk­an’ bekerja selama 55 tahun dengan parti politik Semenanjun­g atau dengan perkataan yang lebih kasar ‘orang luar.’

Malah, kenyataan Snowdan itu turut disokong oleh Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar Datu Len Talif yang menyatakan 55 tahun bekerja bersama parti Semenanjun­g bawah BN penuh dengan kesilapan besar dan janji yang tidak ditepati.

“Hakikatnya, kenyataan Snowdan ini sebenarnya pengakuan jujur akan kelemahan BN Sarawak (kini GPS),” kata Saifunniza­m.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia