Utusan Borneo (Sarawak)

RM1 juta untuk baik pulih rumah penduduk di DUN Kuala Rajang

Jawatankua­sa khas akan tentukan penerima yang benar-benar layak

- Oleh Kepu Sidi

SARIKEI: Sejumlah RM1 juta peruntukan yang disalurkan kerajaan negeri akan dimanfaatk­an untuk tujuan membaik pulih rumah penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.41 Kuala Rajang pada tahun ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang Datu Len Talif Salleh berkata, peruntukan ini disediakan bagi membantu golongan sasar menaik taraf rumah dan menyelesai­kan masalah berkaitan kediaman mereka.

“Dalam program ini, kita telah bersetuju untuk memperuntu­kkan sejumlah RM15,000 bantuan terhad untuk sebuah rumah, sama ada di kawasan kampung ataupun sebuah bilik di rumah panjang.

“Bagi menilai kelayakan untuk para penerima bantuan ini, kita telah menubuhkan jawatankua­sa khas yang dipengerus­ikan saya sendiri dengan ahli-ahlinya terdiri daripada temenggung, penghulu, ketua kampung dan juga tuai rumah.

“Jawatankua­sa ini adalah merupakan golongan yang paling peka dengan situasi dan persekitar­an di peringkat akar umbi.

“Justeru, kita mahu semua ahli jawatankua­sa ini, terutamany­a ketua kampung dan tuai rumah dengan pemantauan dari temenggung serta penghulu mengemaski­nikan maklumat masyarakat di bawah jagaan mereka serta memastikan yang benar-benar layak menerima bantuan ini dan menikmati kemudahan yang disediakan,” katanya.

Len berkata demikian pada Majlis Perjumpaan Bersama Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) dari DUN KUala Rajang di Pusat Inovasi Sarikei (SIC) di sini, kelmarin.

Dalam masa yang sama, Len turut menyeru kerjasama daripada masyarakat setempat bagi memastikan program ini berjalan dengan lancar serta golongan sasar yang layak menikmati bantuan yang disediakan.

“Kita tidak mahu yang layak tercicir dari menikmati bantuan ini.

“Dalam program ini juga, bagi permohonan yang kosnya kurang RM15,000 serta bergantung kepada jenis kerosakan sesebuah rumah berkenaan, kita juga boleh menggunaka­n kaedah gotongroyo­ng untuk mengatasin­ya.

“Itu adalah cadangan dan sebahagian pelan kita untuk memanfaatk­an peruntukan ini dengan sebaiknya dan dapat disalurkan secara berhemah ke-

Dalam program ini, kita telah bersetuju untuk memperuntu­kkan sejumlah RM15,000 bantuan terhad untuk sebuah rumah, sama ada di kawasan kampung

” ataupun sebuah bilik di rumah panjang.

Datu Len Talif Salleh ADUN Kuala Rajang

pada masyarakat,” tegasnya.

Dalam amanatnya juga, Len berharap ketua masyarakat harus menjadi ikon yang terbaik kepada penduduk, dan sentiasa bersikap adil dalam semua perkara.

“Dalam menyelesai­kan sesuatu perkara, ketua masyarakat harus mengambil pendekatan yang seimbang dan tidak berat sebelah.

“Manfaatkan setiap kepercayaa­n dan amanah yang telah diberikan kepada kita,” ujar Len lagi.

Pada majlis itu juga, ketua masyarakat yang hadir turut diberikan penerangan berkaitan dengan peranan dan tugas pemimpin masyarakat dalam membantu kerajaan negeri merealisas­ikan pembanguna­n di kawasan setempat.

 ??  ?? TURUN PADANG: Len menghadiri Majlis Perjumpaan Bersama Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum dari DUN Kuala Rajang di Pusat Inovasi Sarikei, kelmarin.
TURUN PADANG: Len menghadiri Majlis Perjumpaan Bersama Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum dari DUN Kuala Rajang di Pusat Inovasi Sarikei, kelmarin.
 ??  ?? PERIKSA: Pegawai penguat kuasa JTKS ketika menjalanka­n Ops Kilang di sekitar Estet Perindustr­ian Pending, Jalan Semangat di Kuching, kelmarin.
PERIKSA: Pegawai penguat kuasa JTKS ketika menjalanka­n Ops Kilang di sekitar Estet Perindustr­ian Pending, Jalan Semangat di Kuching, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia