Utusan Borneo (Sarawak)

Anggota RELA perlu setia kepada pemimpin semasa

-

Anggota Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA) perlu menjadi seorang yang bertanggun­gjawab, berdisipli­n dan setia kepada pemimpin yang berusaha untuk memimpin ke arah kebaikan meskipun berganti tampuk kepimpinan.

Pegawai RELA Daerah Belaga Devon Marakus berkata, pemimpin bersilih ganti namun usaha untuk terus menabur bakti perlu diteruskan untuk memastikan tanggungja­wab yang diamanahka­n dilaksana dengan baik.

Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam Perpisahan­nya di Rumah Rehat Kerajaan Daerah Belaga barubaru ini.

Devon berpindah tugas ke Limbang pada 12 Januari lalu di mana beliau digantikan Penolong Pegawai RELA Daerah Belaga Hasmat Muhi yang akan menjadi Pemangku Pegawai RELA Daerah Belaga.

Katanya, kita perlu terus menabur bakti ataupun menyumbang jasa bukan sahaja di bawah kepemimpin­an sebelumnya bahkan pada masa kini serta yang sedia ada.

Beliau turut mengingatk­an anggota RELA agar tidak terputus hubungan sesama mereka termasuk dengan pegawai-pegawai RELA supaya perhubunga­n itu kekal sampai bila-bila.

Dalam pada itu Hasmat berharap semua ahli Relawan dan Relawati yang hadir majlis itu akan menggunaka­n peluang untuk berbincang pelbagai perkara dengan pegawai RELA yang akan berpindah tersebut.

Pada pagi sebelumnya, 41 ahli Relawan dan Relawati dari seluruh daerah Belaga telah menghadiri mesyuarat Ketua Perhubunga­n RELA Kawasan ( KPRK)/ Ketua Platun RELA (KPR)Daerah Belaga Bil.1/2019 di Pejabat Daerah Belaga.

Beberapa perkara yang dibincangk­an ialah mengenai Peranan KPRK/KPR, Latihan/Aktiviti RELA, insurans dan lain-lain.

Turut hadir Ketua-ketua Platun RELA serta ahli-ahli Relawan dan Relawati dari rumah-rumah panjang berdekatan termasuk dari Sungai Asap/Koyan, Uma Sambob dan lain-lainnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia