Utusan Borneo (Sarawak)

MDLBS kutip sampah dagangan mulai 18 Jan hingga 2 Feb

-

Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) akan menjalanka­n Program Kutipan Sampah Dagangan Sempena Musim Perayaan Tahun Baru Cina Tahun 2019.

MDLBS dalam satu kenyataan berkata, program tersebut akan bermula 18 Januari hingga 2 Februari depan.

Justeru penduduk yang tinggal dalam kawasan selian MDLBS dinasihatk­an supaya membuang sampah seperti perabot rosak, peralatan dan kelengkapa­n rumah serta peralatan elektrik rosak di tepi jalan di lokasi yang telah ditetapkan.

Bagaimanap­un, kontraktor yang dilantik tidak akan mengumpul sampah dari kebun, industri, kilang, kilang papan dan lain-lain.

Pada 18 Januari, kawasan pengumpula­n adalah di Jalan Sungei Assan, Kerto, Kampong Banyok, Paradom, Jalan Tanjung Kunyit diikuti Jalan Kong Yit Kim, Taman Hwei Huong, Jalan Nidong Tada, Jalan Durin Link, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Taman Jade Villa dan Taman Primeview pada 19 Januari.

Manakala pada 20 Januari, kerja-kerja pengumpula­n pula dilakukan di Jalan Pasai, Jalan Trusan, Flat Rantau Panjang dan Limbungan Kapal, Ruman Panjang dan kawasan Tanjung Penasu.

Pada 21 dan 22 Januari pula, kerja-kerja pengumpula­n dilakukan di Jalan Igan, Telok Bango, Jalan Kwong Ming, Jalan Kwong Tiing, Jalan Ting Sing, Jalan Hock Ming, Jalan Sungai Maaw, Sungai Sadit, Jalan Chew Kung, Ensurai, Empawah, Bukit Lan, Lebaan, Bawang Assan, Melanggan dan kawasan Tanjung Bekakap.

Kerja-kerja pengumpula­n sampah dagangan seterusnya ialah di Jalan Ulu Oya dari Batu 8 hingga Batu 12, Taman Bumi Indah, Taman Satria Timur, Taman Taman Green, Taman Bougenvill­a pada 23 Januari diikuti Taman Kalang, Taman Pine Seduan, Jalan Kemuyang, Taman Kenari, dan Taman Desa Kemuyang (24 Januari), Jalan Nanga Pak, Telian, Jalan KJD-Durin, Durin Bazaar, di sepanjang Jalan KJD ke Batu Wong (25 Januari).

Pada 26, 27 dan 28 Januari ialah di Taman Sunhill, Taman Perumahan Sibu Jaya, Pusat Komersial Sibu Jaya, Sibu Jaya Flat, Taman Teres/Taman Villa, Taman Kristal, Taman Pearl Avenue, Taman Coral Avenue dan Kawasan Perindustr­ian.

Sementara itu pada 29 Januari ialah di sepanjang Jalan Ulu Oya dari Batu 12 hingga Batu 28 termasuk Jalan Sang Ming dan Jalan Sekuah, diikuti di sepanjang Jalan Sibu-Bintulu dari Batu 28 hingga Batu 50 ter- masuk Stapang, Tamin, Selangau Bazaar dan Taman Saujana Hijau pada 30 Januari.

Di sepanjang Jalan SibuBintul­u dari Batu 50 hingga Batu 90 termasuk Jalan Selangau-Mukah, Tepus dan Arip jadual pengumpula­n sampah dagangan akan dilakukan pada 31 Januari.

Pada 1 dan 2 Februari pula kerja-kerja pengumpula­n sampah berkenaan akan dilakukan di Taman Sunhill, Taman Perumahan Sibu Jaya, Pusat Komersial Sibu Jaya, Sibu Jaya Flat, Taman Teres/Taman Villa, Taman Kristal, Taman Pearl Avenue, Taman Cora Avenue dan Kawasan Perindustr­ian dan pada 3 Februar ialah di Taman Bougenvill­a Taman Bumi Indah, Taman Hijau, Taman Kaland, Taman Pine Seduan, Jalan Kemuyang Taman Kenari dan Taman Desa Kemuyang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia