Utusan Borneo (Sarawak)

Ops Kilang: Enam majikan hadapi tindakan jika tiada pembetulan

-

Enam kilang di sini bakal berdepan pendakwaan sekiranya majikan terlibat gagal mengambil tindakan pembetulan atas kesalahan yang dilakukan.

Kesemua kilang tersebut dikesan melakukan 40 pelanggara­n undang- undang di bawah Ordinan Buruh (Sarawak Bab 76) dan Akta Majlis Perundinga­n Gaji Negara menerusi Ops Kilang yang dijalankan oleh Jabatan Tenaga Kerja Sarawak (JTKS) kelmarin.

Kesalahan tersebut adalah seperti kegagalan majikan menyimpan daftar peribadi (enam kes), kegagalan majikan menyimpan daftar terma dan syarat penggajian (5), kegagalan majikan menyimpan daftar gaji dan elaun (4), kegagalan majikan memberi notis di bawah Seksyen 60A Ordinan (4) dan kegagalan majikan mempamerka­n notis hari rehat di tempat pekerjaan (4).

Selain itu, kegagalan memberi cuti tahunan ( 4), kegagalan majikan memberi daftar gaji kepada pekerja (3), melanggar waktu kerja yang ditetapkan bagi orang muda (2), kegagalan menyimpan daftar cuti bersalin (2), kegagalan memberikan cuti sakit (2), membuat potongan gaji selain daripada potongan yang dibenarkan (2), membayar gaji menerusi bank tanpa kebenaran bertulis pekerja (1) dan kegagalan membayar gaji minimum (1).

“Sehubungan itu, notifikasi pelanggara­n telah dikeluarka­n kepada majikan terbabit untuk mengambil tindakan pembetulan.

“Sekiranya mereka gagal berbuat demikian, tindakan undang- undang termasuk pendakwaan akan diambil ke atas majikan yang didapati melanggar peruntukan yang berkaitan,” kata JTKS dalam kenyataan akhbar semalam.

Dalam Ops Kilang tersebut yang diketuai oleh Ketua Bahagian Standard Perburuhan JTKS Jamilah Putit, anggota penguat kuasa JTKS menyerbu beberapa kilang di Estet Perindustr­ian Pending, Jalan Semangat.

Operasi itu adalah untuk memastikan pematuhan undang- undang perburuhan dalam kalangan majikan dan memelihara hak-hak pekerja di bawah undang- undang berkenaan dalam sektor terbabit.

Justeru, JTKS akan meneruskan Operasi Khas Pemeriksaa­n Berkanun ke tempat-tempat pekerjaan bagi memastikan pematuhan sepenuhnya undang-undang perburuhan dan hak-hak pekerja di bawah undang- undang berkenaan terpelihar­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia