Utusan Borneo (Sarawak)

Syarikat, ejen didakwa import 10.18 juta batang rokok tiada kelulusan kastam

-

Sebuah syarikat logistik dan seorang ejen penghantar­an didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan mengimport 10.18 juta batang rokok pelbagai jenis ditaksirka­n bernilai RM814,400, tanpa kelulusan Jabatan Kastam Diraja Malaysia ( Kastam), awal bulan ini.

Orbit Link Logistics (M) Sdn Bhd yang diwakili pengarahny­a Datuk Alias Nordin dan ejen penghantar­an berkenaan, Chia Mong Seng, 35, bagaimanap­un mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan kepada mereka di hadapan Majistret Muhammad ‘Azzam Zainal Abidin.

Syarikat dan ejen berkenaan didakwa dengan niat bersama mengimport barangan larangan tersebut iaitu 200,000 batang rokok jenama John D’Blend; 7.79 juta batang rokok jenama Canyon merah dan 2.19 juta batang rokok Canyon hijau yang mana dilarang pengimport­annya di bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017.

Mereka didakwa bersamasam­a melakukan kesalahan itu di lapangan pemeriksaa­n kontena penguatkua­saan CT1, Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang, di sini kira-kira jam 12.45 tengah hari pada 4 Jan lepas.

Jika sabit kesalahan, kedua- duanya boleh dihukum mengikut Seksyen 135(1)(v)(aa) perintah sama serta dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang memperuntu­kkan hukuman denda tidak kurang 10 kali ganda nilai atau RM100,000 (yang mana lebih tinggi) sehingga tidak lebih daripada 20 kali ganda nilai barangan atau RM500,000 atau penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa Kastam Mohammad Syafiq Abdul Aziz menawarkan jaminan RM100,000 masing-masing kepada Orbit Link Logistics dan Chia, namun peguam yang mewakili kedua-dua mereka, Yung Azwaire Mohamad Dahlan memohon jumlah itu dikurangka­n kerana anak guamnya hanya memperoleh pendapatan sederhana.

Muhammad ‘ Azzam menetapkan Orbit Link Logistics dan Chia masing-masing diikat jamin sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin dan kes disebut semula pada 22 Feb ini. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? HASIL RAMPASAN: Komander Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) Kedah, Abdul Latif Abdul Rahman menunjukka­n sebahagian mercun yang bernilai lebih RM90,000 yang dirampas di sebuah rumah di Padang Satu semalam.
— Gambar Bernama HASIL RAMPASAN: Komander Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) Kedah, Abdul Latif Abdul Rahman menunjukka­n sebahagian mercun yang bernilai lebih RM90,000 yang dirampas di sebuah rumah di Padang Satu semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? TERTUDUH: Ejen penghantar­an Chia Mong Seng (kiri) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas pertuduhan mengimport 10.18 juta batang rokok pelbagai jenis ditaksirka­n bernilai RM814,400, tanpa kelulusan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam), awal bulan ini.
— Gambar Bernama TERTUDUH: Ejen penghantar­an Chia Mong Seng (kiri) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas pertuduhan mengimport 10.18 juta batang rokok pelbagai jenis ditaksirka­n bernilai RM814,400, tanpa kelulusan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam), awal bulan ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia