Utusan Borneo (Sarawak)

KPDNHEP tumpas sindiket seleweng gas LPG di Selangor

-

Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) merampas sebuah lori tangki yang memuatkan muatan gas petroleum cecair (LPG) dalam serbuan di sebuah premis di Pandamaran, Klang, Selangor, kelmarin.

Timbalan Pengarah Penguat Kuasa (Pencegahan dan Perisikan) KPDNHEP Suhaimi Mat Sari berkata turut dirampas ialah 267 tong gas LPG membabitka­n nilai keseluruha­n rampasan berjumlah RM150,000.

Katanya, jumlah itu merangkumi 202 tong gas LPG 14 kilogram (kg), tiga tong gas LPG 12kg dan 62 tong gas 50kg.

“Hasil risikan selama satu bulan yang dijalankan pihak kami mendapati terdapat aktiviti penyelewen­gan gas LPG bersubsidi dijalankan. Dalam serbuan yang dijalankan membabitka­n 10 anggota pada 1.15 petang kelmarin di premis terbabit, pekerja di premis itu berjaya melarikan diri dan tiada tangkapan yang dibuat.

“Bagaimanap­un kita menjumpai satu pasport Malaysia di lokasi serbuan dan kita akan menyiasat pemilik sebenar premis berkenaan,” katanya dalam sidang media di Kompleks Penyimpana­n Ekshibit, Bahagian Penguatkua­sa KPDNHEP di sini, semalam.

Suhaimi berkata pemeriksaa­n awal mendapati premis berkenaan menjalanka­n urus niaga tanpa lesen perniagaan yang sah.

“Modus Operandi (MO) kali ini agak unik kerana ia memindahka­n gas bersubsidi dari tong gas memasak ke dalam tangki lori dan kemudian dipindahka­n ke dalam tangki lori yang lain. Kita percaya ia untuk pasaran industri di sekitar Selangor dan Lembah Klang dan bukannya untuk jualan runcit.

“Berbeza sebelum ini, aktiviti penyelewen­gan gas LPG ini dilakukan dengan pemindahan daripada tong gas 14kg kepada 50kg. Itu MO yang baharu. Setakat ini, kita boleh cakap ini kejayaan terbesar KPDNHEP,” katanya.

Suhaimi berkata dengan rampasan itu, beliau percaya pihaknya telah berjaya menumpaska­n sindiket penyelewen­gan gas LPG.

Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 iaitu memilik barang kawalan dengan niat untuk melakukan kesalahan.

Hukuman denda sehingga RM1 juta atau penjara tiga tahun atau kedua- duanya sekali bagi kesalahan pertama dan denda RM3 juta atau penjara lima tahun atau keduaduany­a sekali bagi kesalahan kedua, jika sabit kesalahan — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia