Utusan Borneo (Sarawak)

SKMM pantau kandungan terhadap institusi raja dalam media sosial

KKMM memandang serius penularan berita palsu melalui media sosial: Gobind

-

PUTRAJAYA: Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia ( SKMM) akan memantau kandungan dan maklumat yang disebarkan dalam media sosial terhadap institusi raja di negara ini khususnya menjelang pemilihan dan pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-16, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia Gobind Singh Deo.

Beliau berkata SKMM akan memantau komen dan kritikan dalam media sosial terhadap institusi raja.

“Kita mempunyai sistem pemantauan dalam SKMM. Apabila laporan dibuat, maka siasatan akan dijalankan. Kertas siasatan akan dikemukaka­n kepada Jabatan Peguam Negara dan keputusan akan dibuat nanti.

“Saya berpendiri­an agar

Saya berpendiri­an agar semua pengguna (media sosial) perlu berhati-hati

kenyataan.” apabila mengeluark­an

Gobind Singh Deo

Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia

semua pengguna (media sosial) perlu berhati- hati apabila mengeluark­an kenyataan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Amanat Menteri di Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia (KKMM) di sini semalam.

Beliau diminta mengulas berhubung komen- komen terhadap institusi raja dalam media sosial khususnya menjelang pemilihan Yang diPertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong pada 24 Jan serta acara mengangkat sumpah kedua-dua jawatan itu pada 31 Jan ini.

Gobind berkata, KKMM memandang serius mengenai penularan berita palsu atau berunsur fitnah melalui media sosial yang semakin menjadijad­i yang akan menyemai kebencian dan menyemarak­kan keresahan dalam kalangan masyarakat.

“Pengamal sosial media perlu bertanggun­gjawab dan menjadi pengguna yang bertanggun­gjawab,” katanya.

Sementara itu, Gobind berkata KKMM telah memulakan tindakan mengkaji semula beberapa akta di bawah kementeria­n termasuk Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Akta Perlindung­an Data Peribadi 2010.

Sambil memberi contoh, beliau berkata kementeria­n akan meminda Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dengan mengenakan penalti yang tinggi kepada pemegang lesen yang tidak mematuhi arahan yang dikeluarka­n SKMM.

“Tindakan yang lebih tegas ini menunjukka­n kementeria­n serius dalam membangun dan memperkuku­h sistem infrastruk­tur agar mereka (pemegang lesen) tidak melanggar sebarang arahan dan undang-undang.

“Saya berharap kita dapat lakukan (pindaan) pada sesi akan datang iaitu pada Mac tahun ini, namun ia terpulang sama ada kita mempunyai masa atau tidak kerana banyak lagi rang undang-undang yang akan dikemukaka­n pada sesi kali ini,” katanya.

Berhubung pindaan Seksyen 233 Akta Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia 1998, Gobind berkata perkara itu masih dalam perbincang­an.

“Saya telah pun mengadakan perjumpaan dengan pihak berkaitan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mendapatka­n pendapat daripada mereka. Saya berharap kita dapat melaksanak­an pada bulan Mac juga,” katanya.

Seksyen 233 akta itu adalah berkenaan penyalahgu­naan kemudahan rangkaian atau perkhidmat­an rangkaian. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia