Utusan Borneo (Sarawak)

Mahathir hadiri sesi dialog dengan pelbagai pihak pada persidanga­n di Afrika

-

Tun Dr Mahathir Mohamad dijadual mengambil bahagian dalam beberapa siri sesi dialog membabitka­n ketuaketua negara Afrika, ahli perbankan, eksekutif perniagaan dan lain-lain pada Persidanga­n Antarabang­sa Kemunculan Afrika kali yang ke-3 (ICEA-III) yang dirasmikan pembukaann­ya di sini pada Khamis.

Sorotan menarik persidanga­n semalam, yang berlangsun­g di Pusat Persidanga­n Antarabang­sa Abdou Diouf (CICAD) dari 17-19 Jan, adalah perbincang­an panel peringkat tinggi melibatkan Perdana Menteri Malaysia itu selain presiden negara-negara Burkina Faso, Ivory Coast, Kenya dan Rwanda.

Dr Mahathir diberi penghormat­an sebagai satu-satunya ketua kerajaan dari luar Afrika yang diundang untuk menghadiri ICEA-III, yang memaparkan tema utama ‘Kemunculan, Sektor Swasta dan Keterangku­man’.

Beliau juga diadual untuk berkongsi buah fikiran pada segmen kedua di bawah tajuk menggalakk­an sektor swasta menjadi enjin penggerak kemunculan manakala segmen ketiga akan menyentuh aspek keterangku­man sebagai jaminan kepada kemampanan dinamik kemunculan.

Presiden Senegal Macky Sal dijadual menyertai segmen ketiga itu bersama-sama Dr Mahathir.

Segmen keempat dan terakhir pula akan menyaksika­n Dr Mahathir berkongsi pandangan mengenai perkongsia­n inovatif antara sektor wasta dan awam mengenai kemunculan.

ICEA-III menyasarka­n untuk memperhalu­si lagi perbahasan mengenai ketahanan pertumbuha­n dan keterangku­man dalam pelan kemunculan Afrika menerusi, khususnya peletakan pada kedudukan lebih baik perkongsia­n antara sektor swasta dan kerajaan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia