Utusan Borneo (Sarawak)

KGBS gesa pembetulan dibuat terhadap kandungan buku teks BM Tingkatan 1

-

Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) kesal dengan kandungan buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 1 yang tidak menyenarai­kan Sarawak sebagai negeri pengeluar minyak dalam Malaysia.

Presidenny­a Ahmad Malie berkata, sebelum laporan berita disiarkan Utusan Borneo dan The Borneo Post, pihaknya turut menerima rungutan dan aduan daripada ibu bapa di Sarawak yang prihatin berhubung perkara itu.

“Mereka merungut kerana fakta di dalam buku teks tidak tepat, malah boleh dianggap sebagai menafikan peranan Sarawak sebagai negeri pengeluar minyak terbesar di Malaysia.

“KGBS turut melahirkan rasa kesal di atas ketidakpek­aan penulis dan juga panel penilai tentang kandungan buku teks yang berkaitan dengan fakta yang tidak tepat sekiranya rungutan ibu bapa yang diterima ini ada kebenarann­ya,” katanya menerusi satu kenyataan, semalam.

Dalam penghasila­n sesuatu karya katanya, penulis berkaitan mesti berupaya memastikan fakta yang ditonjolka­n adalah fakta yang betul dan kukuh.

Sekiranya tidak, sudah pasti murid-murid akan mewarisi ilmu yang tidak tepat yang akan menjadi pegangan sepanjang hayat mereka, malahan boleh dikaitkan dengan kualiti pendidikan negara, jelasnya.

Justeru, KGBS menggesa Bahagian Buku Teks (BBT) Kementeria­n Pendidikan Malaysia menyemak semula kandungan buku teks itu agar fakta lebih tepat.

“KGBS menegaskan jangan ambil mudah terhadap sesuatu kesilapan walaupun kita nampak kesalahann­ya kecil, tapi kesannya dalam pembinaan ilmu dalam kalangan muridmurid adalah amat besar,” katanya.

Ahmad diminta mengulas mengenai berita disiarkan Utusan Borneo dan The Borneo Post semalam yang menyatakan buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 1 tidak menyenarai­kan Sarawak sebagai negeri pengeluar minyak di Malaysia.

Kesilapan itu dikesan pada ruangan ‘Perkasa ilmu, Tahukah anda?’ pada muka surat 23 dalam buku setebal 236 muka surat.

Ruangan itu ditulis ‘Negara pengeluar utama minyak dunia ialah Amerika Syarikat (13.7 peratus), Arab Saudi (11.9 peratus), dan Rusia (11 peratus). Malaysia juga merupakan antara negara pengeluar minyak dunia. Kawasan cari gali minyak di Malaysia terdapat di perairan Terengganu, Kelantan dan Sabah.’

Penulis buku tersebut tidak memasukkan Sarawak sebagai negeri pengeluar minyak dan gas dalam ruangan yang dimuatkan di muka surat terbabit.

Buku keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka dan dicetak pada 2016 itu ditulis Mardian Shah Omar, Solehah Mustafa dan Beseknorli­ana Remeng.

 ??  ?? AHMAD
AHMAD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia