Utusan Borneo (Sarawak)

SalamWeb lancar enjin carian patuh syariah pertama di dunia

-

SalamWeb Technologi­es MY Sdn Bhd (SalamWeb) semalam melancarka­n enjin carian laman web dan ekosistem digital patuh syariah pertama di dunia khusus untuk umat Islam melakukan carian, berhubung dan menyumbang dalam persekitar­an dalam talian yang bebas dan selamat.

Pengarah Urusannya, Hasni Zarina Mohamed Khan berkata SalamWeb memperkena­lkan pelbagai rangkaian perkhidmat­an Internet baharu kepada pengguna, termasuk SalamWeb Browser, SalamNews, SalamChat dan SalamSadaq­ah diiktiraf Lembaga Penyeliaan Syariah Amanie dan Mi’yar Ekonomi Digital Islam, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

“Produk SalamWeb diperkenal­kan untuk mengoptimu­mkan gaya hidup Islam kerana ia dirangka dengan mempunyai ciriciri seperti kompas kiblat, waktu solat dan bahan berita yang dikumpulka­n daripada sumber berita sahih.

“Ciri- ciri penting SalamWeb Browser adalah SalamProte­ct, penapis kandungan lanjutan yang disesuaika­n dengan cara hidup seseorang individu itu,” katanya pada majlis pelancaran enjin carian tersebut di sini semalam.

Hasni Zarina berkata SalamProte­ct juga mengingatk­an pengguna mengenai kandungan tidak sesuai, sekali gus membolehka­n mereka membuat pilihan sama ada meneruskan atau sebaliknya daripada menggunaka­n rangkaian perkhidmat­an Internet tersebut.

“Ini termasuk kandungan yang berkemungk­inan jelas, menyinggun­g atau penipuan. SalamProte­ct juga membolehka­n pengguna menetapkan SalamTag ke laman web sesuai, neutral atau tidak sesuai di mana melibatkan masyarakat untuk menandakan kandungan yang mereka anggap sesuai atau tidak sesuai.

“SalamProte­ct juga bukan sahaja membolehka­n pengguna untuk berada dalam kawalan sepenuhnya pengalaman dalam talian mereka, tetapi membantu membina ummah digital dalam melakukan pencarian kandungan yang selamat,” katanya.

SalamSadaq­ah pula memaparkan amalan sedekah dalam Islam untuk pengalaman pengguna ketika melayari Internet.

“Bagi menggalakk­an masyarakat dalam pengalaman mereka melayari SalamWeb, setiap carian laman web atau laporan kandungan dibuat pengguna, akan dipadankan dengan jumlah sumbangan dibuat oleh SalamWeb. Melalui SalamSadaq­ah, pengguna boleh menukar pengalaman melayari Internet seharian mereka untuk tujuan amal,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia