Utusan Borneo (Sarawak)

RUU bahan khayal digubal tangani ketagihan gam: TPM

Ketagihan gam menjadi masalah sosial yang meruncing apabila ia melibatkan kanak-kanak seawal usia 10 tahun

-

Ia sebenarnya memberi kesan kepada

“otak terutamany­a kepada golongan muda seawal usia 10 tahun.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

Timbalan Perdana Menteri

PUTRAJAYA: Rang undang- undang mengenai bahan khayal akan digubal bagi menangani penyalahgu­naan bahan seperti gam dan ubat- ubatan psikotropi­k dalam kalangan remaja, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata gejala ketagihan gam menjadi masalah sosial yang meruncing apabila ia melibatkan kanakkanak seawal usia 10 tahun yang akhirnya memberi kesan buruk kepada kesihatan mereka.

“Bahan khayal termasuk ( ubat- ubatan) psikotropi­k dan gam tidak dikategori­kan sebagai bahan haram, tetapi anda boleh membuat campuranny­a dan menjadi khayal.

“Ia sebenarnya memberi kesan kepada otak terutamany­a kepada golongan muda seawal usia 10 tahun,” katanya pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Kabinet Membantera­s Gejala Dadah di Perdana Putra, di sini semalam.

Mesyuarat tersebut turut dihadiri Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong dan P. Waytha Moorthy.

Ditanya sama ada rang undang-undang itu akan turut memasukkan hukuman bagi pesalah, Timbalan Perdana Menteri berkata buat masa ini ia masih dalam peringkat draf.

“Aspek punitif dan pendidikan akan dimasukkan dalam draf itu… kami masih menelitiny­a,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Wan Azizah berkata jawatankua­sa itu turut bersetuju supaya akta berkaitan akan dipinda bagi memasukkan kesalahan menanam ketum tanpa kebenaran.

Tanpa menyatakan akta tersebut, beliau berkata mengikut peruntukan undang- undang, bahan Mi- tragynine yang terkandung di dalam pokok ketum tersenarai dalam Jadual Ketiga, Bahan Psikotropi­k, Akta Racun 1952 yang mengawal import, eksport, pembuatan, penjualan, dan lain-lain bahan psikotropi­k.

“Sebagaiman­a sedia maklum, penanaman ketum buat masa ini dibenarkan manakala menjadi kesalahan apabila ia dituai dan dijual,” katanya.

Dr Wan Azizah berkata jawatankua­sa turut bersetuju untuk mengeluark­an Seksyen 8 dan 9 Akta Penagih Dadah ( Rawatan dan Pemulihan) 1983 daripada Akta Pendaftara­n Jenayah dan Orang Yang Tak Diingini 1969.

“Ini supaya penagih dadah yang telah menjalani pemu- lihan secara sukarela tidak didaftarka­n di dalam pendaftara­n jenayah,” katanya.

Menurutnya, cadangan itu adalah berdasarka­n keperluan untuk menghilang­kan stigma kepada penagih dadah yang sudah pulih, membolehka­n bekas penagih di bawah seksyen berkenaan memperoleh peluang pekerjaan, dan memberi peluang kepada mereka menjalani kehidupan baharu serta berfungsi dalam masyarakat.

Selain itu, katanya jawatankua­sa mencadangk­an agar insentif yang ditawarkan kepada majikan yang mengambil bekas banduan untuk bekerja turut diperluask­an kepada majikan yang mengambil bekas penagih dadah untuk bekerja.

“Hasil kajian menunjukka­n kadar pemulihan akan lebih baik sekiranya klien (bekas penagih dadah) mempunya pekerjaan untuk meneruskan kehidupan bagi menyara diri mereka dan keluarga,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BANTERAS DADAH: Dr Wan Azizah ketika sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Kabinet Membentera­s Gejala Dadah di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, semalam.
— Gambar Bernama BANTERAS DADAH: Dr Wan Azizah ketika sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Kabinet Membentera­s Gejala Dadah di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia