Utusan Borneo (Sarawak)

Penggunaan ‘Al’ adalah mengikut nahu Arab yang tepat

-

Penggunaan perkataan ‘ Al’ di hadapan nama Sultan Pahang Al- Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al- Musta’in Billah adalah mengikut nahu Arab yang tepat.

Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman berkata Al-Sultan Abdullah telah mempersetu­jui peng- gunaan nama itu kerana mengambil kira ketepatan nahu Arab, berbeza daripada kebiasaan orang Melayu yang terus menyebut ‘Sultan’.

“Penggunaan ‘ Al’ ini adalah disebabkan nahu Arab seperti mana perkataan ‘ the’ di dalam bahasa Inggeris memandangk­an Abdullah adalah kata nama khas.

“... itu yang dipersetuj­ui tuanku ( cara penggunaan dan sebutannya) supaya nahu dalam bahasa Arab juga tepat,” katanya semasa dihubungi di sini, semalam.

Al- Sultan Abdullah yang dimasyhurk­an pada Selasa lalu, merupakan Sultan Pahang keenam selepas mengambil alih takhta pemerintah­an daripada Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah ekoran keadaan kesiha- tan baginda yang gering.

Istiadat pemasyhura­n berlangsun­g di Balairung Seri Istana Abu Bakar di Pekan, tiga hari selepas Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah mengumumka­n pelantikan itu yang dibuat mengikut Perkara 9A Bahagian 1 Undang-Undang Tubuh Negeri Pahang.

Abdul Rahman seterusnya memaklumka­n nama Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang bermaksud ‘ Sultan Abdullah Pembela Agama Yang Terpilih Oleh Allah’ adalah pemilihan baginda sendiri.

“Saya hanya diminta untuk mengesahka­n adakah maksudnya tepat... saya melihat nama itu merupakan sebahagian daripada nama ayahanda iaitu Shah mana- kala Ri’ayatuddin adalah nama nenda baginda,” katanya.

Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah adalah Sultan Pahang kelima yang menaiki takhta pada 7 Mei 1974 selepas kemangkata­n AlMarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al- Mu’adzam Shah Ibni Al- Marhum Sultan Abdullah Al- Mu’tasim Billah. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERSONALIT­I BERJAYA: Maszlee (tengah) bergambar bersama Muhammad Syukur (dua kanan) atau lebih dikenali Syukur The Kampung Boy dan Por (dua kiri) yang memperoleh 8A dalam peperiksaa­n Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2018 pada Program Singgah Cakna Bersama Syukur The Kampung Boy di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin, Kuala Terengganu, semalam
— Gambar Bernama PERSONALIT­I BERJAYA: Maszlee (tengah) bergambar bersama Muhammad Syukur (dua kanan) atau lebih dikenali Syukur The Kampung Boy dan Por (dua kiri) yang memperoleh 8A dalam peperiksaa­n Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2018 pada Program Singgah Cakna Bersama Syukur The Kampung Boy di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin, Kuala Terengganu, semalam

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia