Utusan Borneo (Sarawak)

KPLB rangka 66 program berdasarka­n enam teras utama bagi pembanguna­n luar bandar

-

Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar (KPLB) merangka 66 program atau projek yang akan diberi keutamaan pada tahun ini berdasarka­n enam teras d bawah Pelan Harapan Pembanguna­n Luar Bandar.

Menterinya Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata ia meliputi Prasarana (10 program) Ekonomi (lapan program) Keusahawan­an (14 program) Modal Insan (sembilan program), Wanita ( sembilan program) dan Sistem Penyampaia­n (16 program).

“Untuk itu, KPLB diberikan peruntukan pembanguna­n RM5.421 bilion tahun ini bagi menjayakan program- program berkenan yang melibatkan 584 projek,” katanya pada Majlis Amanat Tahun Baharu KPLB di sin semalam.

Rina berkata KPLB juga telah mengenal pasti enam cabaran atau isu utama yang perlu diberi keutamaan bag memastikan setiap program yang dirangka dapat dilaksana sebaik mungkin bag mengelakka­n pembaziran dan ketirisan.

“Cabaran-cabaran ini adalah pembasmian kemiskinan luar bandar terutamany­a di 28 daerah yang dikenal past yang mempunyai pendapatan isi rumah kurang daripada RM4,000 sebulan, dan kepentinga­n melaksana kajian outcome impak selepas sesuatu program.

“Lain-lain cabaran adalah untuk mewujudkan peluang pekerjaan di luar bandar memandangk­an tidak semua orang boleh atau bermina untuk menjadi usahawan isu keciciran pelajar di luar bandar; ‘big data analysis bagi mendapatka­n akses data yang mudah serta cepat; dan pemantauan projek bermasalah,” katanya.

Rina berkata selain program- program prasarana utama seperti pembinaan jalan, bekalan air dan elektrik di luar bandar, tahun ini KPLB juga akan membina 11 premis baharu dan menaik taraf 488 premis taska dan tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS).

Selain itu, katanya projek perumahan mampu milik d bawah agensi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) dan Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) dengan sasaran 540 rumah serta Projek Pemajuan Kawasan yang melibatkan 15 projek, akan dilaksanak­an pada tahun ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia