Utusan Borneo (Sarawak)

Ustazah hilang sejak Isnin ditemui selamat

-

Seorang guru wanita yang dilaporkan hilang selepas menghadiri sesi pembelajar­an di Sekolah Kebangsaan Genting di sini Isnin lepas, ditemui selamat di satu lokasi di Perak, semalam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt A.A Anbalagan berkata Ustazah Nur Farhana Ibrahim, 27, ditemui oleh orang awam pada kira-kira jam 4.00 petang semalam, namun menurutnya beliau tidak dapat mendedahka­n lokasi penemuan buat masa ini.

“Berikutan keadaannya dalam kemurungan, saya tidak boleh dedahkan di mana ustazah itu ditemui.. yang penting dia selamat. Biarkan dia tenang bersama keluarga terlebih dahulu kerana saya bimbang keadaan kesihatan dan keselamata­n beliau. Saya harap pihak media memahami dan dapat beri kerjasama,” katanya kepada Bernama di sini semalam.

Nur Farhana disedari hilang selepas gagal dihubungi suaminya yang berusia 30 tahun pada kira- kira 4.30 petang pada Isnin lalu sebelum beliau didapati tidak membawa telefon bimbitnya ke sekolah.

Pihak sekolah turut memaklumka­n beliau mengajar seperti biasa pada Isnin, dan seorang guru di situ mendakwa melihat dia ke- luar melalui pintu belakang sekolah, namun barangan peribadiny­a seperti beg duit, kunci kereta dan alat tulis didapati masih berada di atas meja di bilik guru manakala keretanya ditemui berada di luar pagar sekolah.

Nur Farhana dikatakan berulang alik lebih 100 kilometer setiap hari di antara rumahnya di Alor Star, Kedah dan Balik Pulau, Pulau Pinang di mana beliau mengajar.

“Dia bertugas di sekolah itu sejak 2016 dan pernah tinggal di flat berdekatan, namun telah berpindah serta menetap bersama keluarga di Alor Setar kerana mahu tinggal bersama suami dan anak per- empuannya yang berusia tiga tahun,” kata Anbalagan.

Sementara itu, kakak ipar Nur Farhana, Madihah ketika dihubungi memaklumka­n mereka sekeluarga dalam perjalanan mengambil adik iparnya itu namun beliau juga enggan mendedahka­n lokasi sebenar di mana Nur Farhana ditemui.

“Alhamdulil­ah Nur Farhana ditemui selamat, saya dan keluarga mengucapka­n terima kasih kepada semua pihak yang membantu mencarinya. Cuma sekarang ini saya minta semua pihak bagi ruang kepada beliau dan keluarga untuk bertenang,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia