Utusan Borneo (Sarawak)

Gol Ronaldo berikan trofi sulung buat The Old Lady

Juve pulang dengan rekod kejuaraan Piala Super kali ke-8 selepas benam Milan 1-0 di Jeddah Rabu lepas

-

JEDDAH, Arab Saudi: Cristiano Ronaldo menjaringk­an gol tunggal kemenangan untuk memberikan Juventus kejuaraan pertama mereka musim ini selepas menewaskan AC Milan 1-0 pada perlawanan Piala Super Itali di sini Rabu lepas.

Ronaldo – yang dibeli dari Real Madrid pada musim ini dengan sasaran membantu kelab memenangi Liga Juara-Juara – menjaringk­an gol kemenangan pada minit ke-61.

AC Milan bermain hampir sepanjang separuh masa kedua dengan 10 pemain seperti pemain tengah, Franck Kessie dilayangka­n kad merah kerana terjahan keras ke atas Emre Can.

“Saya memenangi kejuaraan pertama bersama Juventus, jadi saya sememangny­a gembira,” kata Ronaldo, yang sekarang memiliki 28 kejuaraan dalam kariernya termasuk lima kejuaraan Liga JuaraJuara dan kejuaraan liga di England dan Sepanyol dan trofi Euro bersama skuad kebangsaan Portugal.

“Saya benar- benar mahukan kejuaraan ini, untuk memulakan tahun 2019 dengan baik. Ini hanya permulaan, kami akan mengambil satu langkah demi satu langkah. Kami sudah memenangi trofi ini, sekarang kami harus bekerja-keras untuk memenangi trofi seterusnya,” kata Ronaldo.

Perlawanan itu dicemari kontrovers­i dengan permintaan untuk memindahka­n perlawanan ke tempat lain kerana dakwaan isu hak asasi manusia di Arab Saudi dengan golongan wanita hanya dibenarkan menyaksika­n perlawanan itu jika ditemani seorang lelaki.

Presiden Liga Bola Sepak Itali, Gaetano Micciche memuji perlawanan itu sebagai berjaya, dengan laporan di mana sehingga 15,000

“”

Saya memenangi kejuaraan pertama bersama Juventus, jadi saya sememangny­a gembira.

Cristiano Ronaldo

Penyerang sensasi Juventus

wanita adalah di antara 62,000 penonton dalam stadium.

“Ia malam yang hebat, festival sukan di stadium yang penuh,” kata Micciche.

“Saya berharap ia satu titik permulaan untuk evolusi sukan di negara ini.”

Dalam padang, pemain sedikit terjejas dengan suhu mencecah 25 darjah Selsius walaupun keadaan sejuk di bawah paras beku di utara Itali.

Pada akhirnya, Juventus pulang dengan rekod ke- juaraan Piala Super buat kali kelapan, satu kejuaraan lebih banyak berbanding AC Milan.

“Ia sangat pantas dan apa yang penting ialah untuk menang,” kata jurulatih Juventus, Massimilia­no Allegri, yang turut memenangi trofi itu buat kali kedua, selepas tewas kepada AC Milan pada 2016 dan Lazio pada tahun lepas.

“Ronaldo? Kita sentiasa berkata perkara yang sama, kerana itu kenapa kami membelinya. Beliau penentu perlawanan dan menjaringk­an gol penting tetapi keseluruha­n pasukan beraksi dengan baik.”

Penyerang AC Milan, Gonzalo Higuain hanya bermain 20 minit terakhir menentang Juventus, menjelang kemungkina­n perpindaha­n ke Chelsea.

Jurulatih Milan, Gennaro Gattuso, berkata Higuain mengalami demam dan tidak terlibat dalam sesi bergambar bersama pasukan untuk mengelak jangkitan kepada pemain lain.

“Ia mungkin kelihatan seperti gurauan tetapi hakikatnya ia benar. Higuain tiada dalam gambar apabila Putera Saud datang melawat kerana saya takut virus akan merebak ke pemain lain, jadi ia keputusan saya.” – AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? KEJUARAAN KELAPAN: Chiellini menjulang trofi kejuaraan ketika meraikan kejayaan Juve menjuarai Piala Super selepas tamat perlawanan di Jeddah, Arab Saudi kel marin.
— Gambar Reuters KEJUARAAN KELAPAN: Chiellini menjulang trofi kejuaraan ketika meraikan kejayaan Juve menjuarai Piala Super selepas tamat perlawanan di Jeddah, Arab Saudi kel marin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia