Utusan Borneo (Sarawak)

Bielsa mengakui amalkan taktik ‘tidak sihat’ sepanjang musim

-

Pengurus Leeds United, Marcelo Bielsa, mengakui Rabu lepas di mana beliau mengintip semua sesi latihan lawan mereka dalam liga musim ini, sekali gus menambah perdebatan tentang taktik ‘tidak sihat’ itu.

Leeds ketika ini berkelebih­an empat mata di singahsana Liga Kejuaraan atau divisyen dua bola sepak Inggeris selepas menewaskan Derby County 2-0 Jumaat lepas.

Tetapi perlawanan dibayangi oleh pengakuan Bielsa di mana beliau menghantar seorang pekerja kelab untuk mengintip sesi latihan Derby sehari sebelum perlawanan.

Dalam satu kenyataan, pemilik Leeds, Andrea Radrizzani, memohon maaf pada hari Sabtu di atas insiden itu, yang kini menjadi siasatan oleh Persatuan Bola Sepak (FA) Inggeris.

Bielsa membuat sidang media tergempar Rabu lepas, membangkit­kan spekulasi di mana beliau mungkin akan meletak jawatan seperti yang dilakukann­ya ketika di Lazio dan Marseille sebelum ini.

Tetapi bekas jurulatih kebangsaan Argentina itu sebaliknya menawarkan lebih banyak maklumat tentang bagaimana beliau mengintip pasukan lawan dalam apa yang beliau dakwa satu usaha untuk membantu siasatan FA.

“Saya memerhati semua lawan yang kami hadapi. Kami melihat semua sesi latihan sebelum menentang mereka,” kata Bielsa.

“Sasaran saya ialah untuk menjadikan ia mudah untuk siasatan. Dengan melakukann­ya, saya bertanggun­gjawab di atas tindakan saya dari pihak berkuasa.”

Pengurus Derby, Frank Lampard, mempersoal­kan semangat kesukanan Bielsa dan menolak alasan perbezaan budaya dengan pengurus Spurs, Mauricio Pochettino, yang menegaskan amalan itu biasa dilakukan di Argentina. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? MARA: Pliskova ceria selepas berjaya meneruskan kemaraan ke pusingan ketiga Terbuka Australia selepas bangkit dari ketinggala­n sebelum menewaskan Brengle di Melbourne Rabu lepas. Gambar sisipan Svitolina.
— Gambar AFP MARA: Pliskova ceria selepas berjaya meneruskan kemaraan ke pusingan ketiga Terbuka Australia selepas bangkit dari ketinggala­n sebelum menewaskan Brengle di Melbourne Rabu lepas. Gambar sisipan Svitolina.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia