Utusan Borneo (Sarawak)

Terbuka Australia: Svitolina, Pliskova kekalkan impian buru kejuaraan sulung Grand Slam

-

Pemain pilihan keenam, Elina Svitolina dan pilihan ketujuh, Karolina Pliskova, mengekalka­n impian memburu kejuaraan Grand Slam sulung mereka di Terbuka Australia di sini Rabu lepas.

Walaupun berada dalam ranking 10 pemain terbaik dunia, kedua- dua pemain itu gagal melepasi peringkat suku akhir di sini.

Svitolina menewaskan Viktoria Kuzmova dari Slovakia 6- 4 dan 6- 1 untuk melangkah ke pusingan ketiga sementara Pliskova bangkit dari ketinggala­n sebelum menewaskan Madison Brengle 4- 6, 6- 1 dan 6- 0.

Svitolina, pemain dari Ukraine, mencipta keme- nangan terbesar dalam kariernya apabila memenangi kejohanan akhir musim wanita, Final WTA di Singapura pada bulan Oktober tahun lepas dan ketika ini berkeyakin­an tinggi.

“Ia sememangny­a memberikan saya banyak keyakinan dan menunjukka­n saya boleh bermain di peringkat tertinggi,” kata beliau. “Jadi saya cuba untuk membawa prestasi itu ke Grand Slam.’

Melangkah ke suku akhir di sini tahun lepas, beliau akan menentang sama ada Kristyna Pliskova – kembar Karolina – atau Zhang Shuai dari China.

Pencapaian terbaik Karolina Pliskova pada kejohanan Grand Slam ialah di Terbuka Amerika ( AS) pada 2016 apabila melangkah ke final sebelum tewas kepada Angelique Kerber.

Beliau juga melangkah ke suku akhir pada dua edisi kejohanan di sini dan memulakan musim ini dengan memenangi kejuaraan Antarabang­sa Brisbane.

“Perlawanan ini mempunyai segala- galanya, aksi baik dan juga beberapa kesilapan mudah,” kata beliau.

Pemain wanita lain yang turut mara ialah Camila Giorgi dari Itali, yang menentang Pliskova selepas ini dan Wang Qiang, pemain pilihan ke- 21 dari China, yang menempah pertemuan menentang pilihan ke- 13, Anastasija Sevastova selepas ini. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia