Utusan Borneo (Sarawak)

The Saints terus ‘menderita’ apabila disingkirk­an Derby dari Piala FA

-

Musim buruk Southampto­n berlarutan apabila kelab tercorot Liga Perdana Inggeris itu disingkirk­an dari Piala FA Inggeris oleh kelab Liga Kejuaraan, Derby County menerusi penentuan sepakan penalti Rabu lepas.

Pada perlawanan ulangan pusingan ketiga yang banyak dipengaruh­i oleh kontrovers­i terbaharu penggunaan video bantuan pengadil ( VAR), Southampto­n mensia- siakan pendahulua­n 2- 0 pada lewat permainan di St Mary.

Perlawanan berkesudah­an dengan 2- 2 selepas masa tambahan sebelum Derby menang 5- 3 menerusi sepakan penalti.

“Ia tendangan penalti yang hebat pada akhirnya dan memerlukan keberanian yang tinggi. Saya benarbenar bangga dengan pasukan saya,” ,” kata pengurus Derby, Frank Lampard.

“Ia memerlukan sesuatu yang sangat banyak untuk bangkit ketika menentang lawan dari Liga Perdana dan menunjukka­n semangat dan k e b e r a n i a n dengan bola.

S a y a f i k i r kami bermain dengan hebat sekali.”

S e l e p a s mengelak dari ari ketinggala­n apabila VAR membatalka­n gol Craig Bryson untuk Derby dalam separuh masa pertama, Southampto­n membuka j a r i n g a n m e n e r u s i t a n d u k a n Stuart Armstrong pada minit ke- 68.

N a t h a n R e d m o n d menambah jaringan dua minit kemudian tetapi gol Southampto­n juga dirujuk kepada VAR namun drama VAR belum berakhir di situ.

D e r b y m e r a p a t k a n kedudukan ketika berbaki 14 minit permainan apabila tendangan percuma Harry Wilson menerjah jaring dan dibenarkan oleh VAR walaupun Southampto­n mendakwa beberapa pemain Derby berkeduduk­an ofsaid.

Dan enam minit kemudian, Martyn Waghorn menjaringk­an gol penyamaan dari umpanan cantik Wilson untuk membawa permainan ke masa tambahan.

Seperti pada perlawanan asal di Pride Park, Derby juga bangkit dari ketinggala­n 0- 2.

Dan Derby, yang menyingkir­kan Manchester United dari Piala Liga Inggeris pada awal musim, menyingkir­kan sebuah lagi kelab Liga Perdana Inggeris menerusi penentuan sepakan penalti.

Redmond adalah pemain tunggal yang gagal menyempurn­akan penalti, membolehka­n kapten Derby, Richard Keogh menjaringk­an go kemenangan.

“Saya gembira dengan pasukan dan skuad. Kadar kerja mereka dan kekecewaan apabila gol awal tidak dibenarkan VAR tetapi ia tidak penting sekarang,” kata Lampard.

Dengan kemenangan itu Derby akan menentang kelab divisyen tiga, Accrington di pusingan keempat sementara Southampto­n, satu mata di atas zon penyingkir­an akan memberikan sepenuh fokus untuk mengelak penyingkir­an dari Liga Perdana musim ini. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? Waghorn (tengah) menjaringk­an gol penyamaan pada minit akhir perla wanan untuk membawa perlawanan ke masa tambahan pada aksi ulangan pusingan ketiga Piala FA di Stadium St Mary, Southampto­n kelmarin.
— Gambar Reuters Waghorn (tengah) menjaringk­an gol penyamaan pada minit akhir perla wanan untuk membawa perlawanan ke masa tambahan pada aksi ulangan pusingan ketiga Piala FA di Stadium St Mary, Southampto­n kelmarin.
 ??  ?? TERJAH TER JARING:
TERJAH TER JARING:

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia