Utusan Borneo (Sarawak)

PUTRAJAYA: Kerajaan akan melaksanak­an Program Biodiesel Sawit B10, iaitu adunan 10 peratus biodiesel sawit dan 90 peratus diesel petroleum bagi sektor pengangkut­an bermula 1 Februari depan.

-

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, program itu adalah untuk kegunaan semua jenis kenderaan diesel termasuk kenderaan pacuan empat roda, lori dan bas.

“Penggunaan 10 peratus biodiesel sawit di Malaysia akan mengurangk­an pelepasan gas rumah hijau (greenhouse gas) sebanyak 1.6 juta tan karbon dioksida setahun.

“Dalam bahasa yang mudah, Program B10 akan menyumbang kepada penguranga­n pembebasan gas karbon dioksida bersamaan dengan 10 peratus daripada jumlah kenderaan diesel setahun di Malaysia,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Pelaksanaa­n Program B10 Sektor Pengangkut­an di Dataran Putra, di sini baru-baru ini.

Menerusi program itu, Dr. Mahathir berkata, kualiti udara terutama di kawasan bandar akan turut meningkat melalui penggunaan biodiesel dengan penguranga­n pelepasan debu dan asap hitam ke udara.

Katanya, pelaksanaa­n Program B10 adalah tepat pada masa ini memandangk­an harga biodiesel sawit yang rendah berbanding dengan diesel petroleum.

“Hari ini, negara jiran kita Indonesia telah mengatasi Malaysia dan muncul sebagai pengeluar minyak sawit terbesar di dunia.

“Indonesia juga berjaya melaksanak­an program B20, iaitu 20 peratus adunan biodiesel sawit dengan 80 peratus diesel petroleum secara mandatori sejak Januari 2016 pada sektor pengangkut­an tanpa sebarang masalah,” ujarnya.

Katanya, program biodiesel di Indonesia kini berjaya mengurangk­an pengimport­an diesel dan mengukuhka­n industri sawit dan ekonomi negara Indonesia.

“Dalam hal ini, saya menyeru agar pengeluar kenderaan dan OEM (atau pengeluar peralatan asal) bekerjasam­a dengan Kerajaan dalam menjayakan pelaksanaa­n Program B10 termasuk sebarang program biodiesel pada masa akan datang.

Katanya, semua pihak diminta bersedia sepenuhnya untuk pelaksanaa­n Program B20 iaitu adunan 20 peratus diesel sawit dengan 80 peratus diesel petroleum menjelang tahun 2020.

“Program biodiesel ini amat penting bagi negara kerana pokok sawit merupakan tanaman emas negara dan menjana ekonomi sejak sekian lama.

“Penggunaan biodiesel sawit akan memberi impak yang positif kepada industri sawit melalui penguranga­n stok minyak sawit dan seterusnya menstabilk­an harga minyak sawit.

Katanya, melalui usaha ini pekebun kecil sawit seramai 650,000 akan terus menikmati harga sawit yang lebih stabil dan meningkatk­an pendapatan.

Sehubungan itu, beliau menggesa industri sawit di Malaysia untuk berani meneroka pasaran baru dan membuktika­n di mata dunia bahawa kualiti minyak sawit Malaysia adalah antara yang terbaik.

Majlis pelancaran turut dihadiri Menteri Industri Utama, Teresa Kok; Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas; Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin; dan Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Tan Sri Mohd Bakke Salleh.

 ??  ?? TUN Dr. Mahathir mengisi biodiesel B10 sebagai simbolik pelancaran Program B10 di sektor pengangkut­an.
TUN Dr. Mahathir mengisi biodiesel B10 sebagai simbolik pelancaran Program B10 di sektor pengangkut­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia