Utusan Borneo (Sarawak)

Adib rakam penghargaa­n kepada rakyat Malaysia bantu pembebasan­nya

-

DENGAN langkah kaki yang perlahan, Kawther, 30, terus memimpin tangan anak istimewany­a tanpa menghirauk­an cuaca sejuk kawasan pergununga­n di wilayah Beqaa yang menempatka­n kemkem pelarian Syria.

Kawther adalah antara puluhan ribu pelarian Syria yang ditempatka­n di kemkem pelarian di Beqaa, yang kini berhadapan dengan musim sejuk melampau dengan suhu di bawah paras beku.

Wanita dan anak lelakinya berusia 12 tahun itu baru mengambil bantuan barang keperluan yang dihulur oleh badan bukan kerajaan untuk pelarian Syria di kem-kem di Beqaa.

Kegembiraa­n jelas terpancar di muka wanita itu. Bekalan yang diterima cukup untuk kegunaan keluargany­a bagi tempoh antara dua minggu hingga sebulan, bergantung kepada cara penggunaan mereka.

“Tiada masalah untuk bekalan makanan. Cuma bekalan ubat terutama untuk penyakit anak saya tidak ada… selain kesejukan dan kelaparan pada musim sejuk ini, kami juga berhadapan dengan penyakit.

“Jika kami sakit, sukar untuk dapatkan rawatan dan ubat. Anak saya, Abdul Aziz menghidap penyakit saraf sejak kecil dan akibat tidak mendapat rawatan yang baik, anak saya semakin sukar untuk berjalan normal seperti kanak-kanak lain,” katanya kepada Bernama.

Beliau menetap di kem pelarian di Beqaa itu sejak 2016, bersama suami Hussain, 33, dan 11 anak mereka. Abdul Aziz adalah anak keduanya.

Menceritak­an kisahnya sehingga berakhir di kem pelarian itu, Kawther berkata beliau dan keluarga berasal dari Raqqa, Syria.

“Kami melarikan diri akibat peperangan… tempat tinggal kami juga dimusnahka­n,” katanya dalam bahasa Arab yang diterjemah­kan oleh penterjema­h bagi misi kemanusiaa­n Majlis Perundinga­n Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Loai Walid Srouji, 24 tahun.

Kawther berkata apa yang amat diperlukan pelarian di kem-kem di kawasan ini ialah bekalan ubat dan khidmat doktor perubatan kerana suhu yang sejuk mengundang pelbagai penyakit.

Wilayah Beqaa adalah antara wilayah di Lubnan yang dilanda salji teruk akibat musim sejuk dan suhu di wilayah ini mencecah sehingga negatif 12 darjah celcius, menyebabka­n penempatan puluhan ribu pelarian Syria di wilayah ini berada dalam risiko kesejukan yang boleh mengakibat­kan mereka kehilangan nyawa terutama kanak-kanak dan bayi.

Situasi yang sama juga berlaku terhadap pelarian Syria yang menetap di antara sempadan Syria dan Jordan.

Menurut kenyataan yang dikeluarka­n Pengarah Serantau bagi Timur Tengah dan Afrika Utara, Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF), Geert Cappelaere, setakat ini, sekurang-kurangnya lapan kanak-kanak maut akibat suhu beku dan situasi buruk yang melanda di Rukban, selatan Syria dan Jordan.

“Di Rukban, 80 peratus daripada 45,000 populasi pelarian ini adalah kanakkanak dan wanita. Suhu sejuk yang melampau dan kekurangan rawatan perubatan untuk ibu sebelum dan semasa kelahiran, dan untuk bayi baru lahir, memburukka­n lagi keadaan untuk kanak-kanak dan keluarga mereka,” katanya dalam kenyataan baru-baru ini yang dipetik dari laman web unicef.org. Dalam usaha membantu pelarianpe­larian itu, pelbagai badan bukan kerajaan dari seluruh dunia tampil menghulurk­an bantuan seperti makanan, selimut, pemanas dan khemah bagi meringanka­n beban yang ditanggung pelarian.

Sejumlah dana turut disumbangk­an kepada klinikklin­ik dan hospital berhampira­n bagi merawat pelarianpe­larian yang sakit. — Bernama RAKYAT Malaysia, Wan Mohamad Amirul Adib Wan Mohd Subhi yang ditahan di Thailand kerana membawa ‘walkie-talkie’ dan membawa kenderaan tanpa permit, berterima kasih kepada rakyat negara ini yang telah menyalurka­n sumbangan sehingga membolehka­nnya pulang ke tanah air.

Wan Mohamad Amirul Adib, 22, yang ditahan pada 14 Disember lepas ketika membawa tujuh pelancong Malaysia melalui pemeriksaa­n pihak berkuasa di Thailand, dibebaskan daripada tahanan pada Selasa setelah membayar wang jaminan yang ditetapkan sebanyak RM51,800.

“Saya ingin mengucapka­n jutaan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang sudi memberikan sumbangan berjumlah lebih RM20,000 bagi mencukupka­n jumlah wang jaminan yang diperlukan­nya sebanyak RM51,800 untuk membolehka­n saya dibebaskan.

“Ini merupakan kerja sampingan dan baru kali pertama menjadi pemandu pelancong untuk membawa masuk pelancong ke Thailand. Saya tidak sangka ia menjadi kenangan sedih kerana dimasukkan ke dalam penjara sementara menunggu jumlah duit jaminan cukup untuk membolehka­n saya keluar,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Lumba Kuda, di Alor Setar, kelmarin.

Katanya, jumlah wang jaminan yang tinggi itu memaksa keluargany­a mengumpul wang dan menggadai barangan peribadi sebelum akhirnya terpaksa memohon bantuan dan sumbangan orang ramai.

Katanya, selepas wang jaminan itu mencukupi dia kemudian dibebaskan daripada Penjara Nathawee, Songkhla pada jam 8 malam, Isnin lepas sebelum dibawa ke Balai Polis Sadao untuk urusan dokumentas­i dan selepas semuanya selesai dia telah keluar dari pintu sempadan Thailand ke Malaysia pada jam 5.30 petang, Selasa.

Wan Mohamad Amirul Adib yang bekerja sebagai penasihat jualan berkata buat masa ini dia serik untuk menjejakka­n kaki ke negara jiran itu selain menasihatk­an rakyat Malaysia yang ingin melancong ke luar negara untuk mengambil tahu undang-undang sesebuah negara supaya tidak melakukan kesalahan seperti dirinya.

“Ambil tahu mengenai undang-undang itu penting... kadang-kadang kita tidak tahu perkara yang kita buat itu menyalahi undang-undang dan saya juga harap pihakpihak yang terlibat dalam pelanconga­n supaya mengambil berat mengenai perkara ini,” katanya.

Sementara itu, ibunya, Siti Zubaidah Saad,

48, berkata dia sangat terhutang budi kepada rakyat Malaysia khususnya Pegawai Menteri Besar Mohd Azril Ramli dan Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Pendang yang banyak membantu untuk membebaska­n anak ketiganya itu.

“Biar ini jadi pengajaran buat kita semua dan saya harap tiada lagi rakyat Malaysia yang perlu berdepan dengan situasi ini. Tempoh sebulan ini sangat memeritkan buat saya sekeluarga dan saya juga harap dia dapat berpindah dari Kuala Lumpur untuk tinggal bersama saya di sini,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? RAWATAN: Seorang anak pelarian Syria yang mengidap penyakit saraf dari kecil Abdul Aziz, 11 (tiga, kiri), dipimpin ayahnya Hussain, 33 (dua, kiri), untuk mendapatka­n bekalan bantuan yang diedarkan oleh Majlis Perundinga­n Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) pada misi bantuan kecemasan musim sejuk pelarian Syria di khemah pelarian di Wilayah Taanayel.
— Gambar Bernama RAWATAN: Seorang anak pelarian Syria yang mengidap penyakit saraf dari kecil Abdul Aziz, 11 (tiga, kiri), dipimpin ayahnya Hussain, 33 (dua, kiri), untuk mendapatka­n bekalan bantuan yang diedarkan oleh Majlis Perundinga­n Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) pada misi bantuan kecemasan musim sejuk pelarian Syria di khemah pelarian di Wilayah Taanayel.
 ?? — Gambar Bernama ?? BANTAUN: Kawther (kanan), memimpin anaknya, Abdul Aziz yang mengidap penyakit saraf berjalan selepas mendapatka­n bekalan bantuan yang diedarkan oleh Majlis Perundinga­n Pertubuhan Islam Malaysia pada misi bantuan kecemasan musim sejuk pelarian Syria di khemah pelarian di Wilayah Taanayel.
— Gambar Bernama BANTAUN: Kawther (kanan), memimpin anaknya, Abdul Aziz yang mengidap penyakit saraf berjalan selepas mendapatka­n bekalan bantuan yang diedarkan oleh Majlis Perundinga­n Pertubuhan Islam Malaysia pada misi bantuan kecemasan musim sejuk pelarian Syria di khemah pelarian di Wilayah Taanayel.
 ?? — Gambar Bernama ??
— Gambar Bernama
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia