Utusan Borneo (Sarawak)

Angka korban serangan di hotel Nairobi cecah 21

-

Angka korban serangan pengganas ke atas sebuah hotel mewah dan kompleks perniagaan di Nairobi pada Selasa meningkat kepada 21, apabila enam lagi mayat ditemui dan seorang polis meninggal dunia di hospital malam Rabu.

Menurut Xinhua memetik Ketua Polis Negara Joseph Boinnet, seorang anggota polis yang terbabit dalam operasi menyelamat, meninggal dunia di hospital akibat kecederaan dialami, manakala enam mayat ditemui di tempat kejadian ketika siasatan forensik dijalankan.

Beliau berkata, seramai 28 orang dimasukkan ke beberapa hospital di Nairobi dan enam penyerang disahkan berjaya dibunuh.

Pada sidang akhbar, Ketua Polis itu berkata, daripada 21 yang terbunuh, 16 warga Kenya maut, seorang rakyat Amerika Syarikat (AS) dan seorang warga Britain sementara tiga lagi mayat dipercayai dari benua Afrika belum dikenal pasti.

Katanya, siasatan susulan oleh Direktorat Siasatan Je- nayah, polis mengesan dua suspek utama dipercayai membantu serangan berkenaan dan kini ditahan bagi membantu siasatan.

“Kami mengulangi seruan kepada seluruh warga Kenya untuk terus bekerjasam­a dengan polis dan ejen keselamata­n dalam usaha memerangi pengganas serta sebarang bentuk jenayah lain,” kata Boinnet.

Kenyataan itu dibuat se- lepas Presiden Kenya, Uhuru Kenyatta berucap pada Rabu dengan menyatakan, 14 orang awalnya terbunuh dan ratusan lagi berjaya diselamatk­an dalam serangan ke atas kompleks Hotel DusitD2, di Jalan Riverside 14, daerah Westland, Nairobi.

Palang Merah Kenya menerusi Twitter pada lewat Rabu menyatakan, 19 orang lagi masih hilang selepas serangan itu.

Pertubuhan itu menyatakan sebanyak 94 kes orang hilang dilaporkan tetapi 75 ditemui selepas jam 8.30 malam.

Puak Al-Shaabab Somalia mengaku bertanggun­gjawab melakukan serangan itu dengan menyatakan mereka membunuh 47 orang di dalam Hotel DusitD2, rangkaian hotel antarabang­sa Thailand yang kelihatan menjadi sasaran serangan itu.

Kumpulan bersenjata itu mengeluark­an kenyataan dalam talian pada petang Rabu dengan menyatakan serangan di Nairobi adalah tindak balas terhadap kenyataan Presiden AS Donald Trump yang “menakutkan” serta tindakanny­a mengisytih­arkan Baitulmuqa­ddis sebagai ibu negara Israel selain ‘ pembunuhan sistematik penduduk Palestin’.

Kenya adalah sekutu kuat AS di benua Afrika. — Bernama SYDNEY: Polis Australia menumpaska­n sindiket penyeludup­an yang menggunaka­n seorang wanita yang bertugas sebagai anak kapal kabin syarikat penerbanga­n sebaga keldai dadah bagi membawa masuk bahan larangan terbabi bernilai lebih AS$14 juta ke negara itu.

Pihak berkuasa pada Rabu berkata, lapan orang ditahan dalam operasi selama dua minggu di Melbourne termasuk wanita terbabit yang menggunaka­n kerjayanya untuk menyeludup masuk dadah.

Menurut agensi berita Xinhua, suspek dikaitkan dengan penyeludup­an enam kilogram heroin gred tinggi dan lapan kilogram pil methamphet­amine sejak lima bulan lalu.

“Ia satu sindiket terancang yang kami kesan beroperasi d seluruh Australia dan ia gaga dikesan sejak sekian lama,” kata ketua operasi, Timbalan Pesuruhjay­a Tess Walsh.

Polis turut merampas sejumlah kenderaan, wang tunai dan setengah kilogram kokain.

Pemerintah Wilayah Victoria Pasukan Sempadan Australia, Craig Palmer, berkata penahanan itu menjad pengajaran bahawa sesiapa saja akan ditahan tidak kira apa saja kaedah yang digunakan bagi menyeludup dadah ke negara itu.

“Petugas syarikat penerbanga­n tidak terlepas daripada undang-undang. Mereka tetap akan diperiksa di sempadan seperti orang lain dan berdepan hukuman berat jika didapati menggunaka­n kedudukan mereka untuk cuba melepas kawalan sempadan kami,” kata Palmer. — Bernama

 ?? — Gambar Reuters ?? SELAMAT DIKEBUMI: Orang ramai mengangkat jenazah Feisal Ahmed Rashid yang maut dalam serangan ke atas sebuah pekarangan hotel mewah, di tanah perkuburan Islam Langata, di Nairobi, Kenya pada Rabu.
— Gambar Reuters SELAMAT DIKEBUMI: Orang ramai mengangkat jenazah Feisal Ahmed Rashid yang maut dalam serangan ke atas sebuah pekarangan hotel mewah, di tanah perkuburan Islam Langata, di Nairobi, Kenya pada Rabu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia