Utusan Borneo (Sarawak)

Model Bundchen ‘terkejut’ menteri Brazil kritik kempen alam sekitarnya

-

AMMAN: Jordan pada Rabu mengecam serangan pengganas ke atas bandar Manbij, Syria yang mengorbank­an 10 orang termasuk empat tentera Amerika Syarikat (AS), lapor agensi berita Xinhua.

Menerusi laman sosial Twitter, Menteri Luar Jordan, Ayman Safadi mengutuk serangan disifatkan sebagai ‘serangan pengganas kejam’ sambil menghulurk­an ucapan takziah kepada mereka yang terkorban.

“Satu lagi jenayah kejam tidak bertamadun dan ia mengukuhka­n lagi keperluan untuk segera menghimpun­kan semua usaha bagi memastikan pengganas dihapuskan di mana saja,” kata Safadi.

Pada Rabu, kumpulan militan Daesh (IS) mengaku bertanggun­gjawab melakukan serangan bom bunuh diri yang menyasarka­n pasukan ronda tentera AS di bandar Manbij yang dikuasai puak Kurdish di pedalaman barat laut wilayah Aleppo.

Empat tentera AS terbunuh dan tiga lagi cedera dalam serangan itu, kata seorang pegawai AS.

Ini adalah korban pertama tentera AS sejak Presiden Donald Trump pada Disember lalu mengumumka­n rancangann­ya untuk membawa pulang tentera negara itu dari Syria.

AS mengerah 2,000 tentera di Syria, termasuk di Manbij bagi memerangi militan Daesh.

Penyerang meletupkan jaketnya yang sarat dengan bom di sebuah restoran di Manbij berhampira­n pasukan ronda AS, kata anggota pasukan Pemerhati Hak Asasi Syria.

Manbij dikuasai Majlis Tentera Manbij yang diterajui Kurdish.

Tentera AS mengawal kawasan itu selepas ketegangan berlaku antara pemberonta­k disokong Turki dengan pasukan militia yang dikuasai puak Kurdish. — Bernama

Model terkemuka di Brazil, Gisele Bundchen, pada Rabu mempertaha­nkan usahanya sebagai seorang aktivis alam sekitar selepas menteri pertanian baharu di negara itu menuduhnya mengeluark­an kritikan “tanpa ilmu pengetahua­n”.

“Ia mengejutka­n saya untuk melihat nama saya disebut dengan cara yang negatif kerana melindungi dan membuat bantahan bagi alam sekitar,” tulis model itu kepada 4.8 juta pengikutny­a dalam Twitter.

“Sejak 2006 saya telah menyokong projek dan membabitka­n diri dalam kempen sosio-alam sekitar,” ujarnya dan menjelaska­n dia sudah menimba ilmu pengetahua­n yang signifikan dalam proses tersebut.

Bundchen, 38, yang berundur daripada dunia peragaan pada 2015, menjawab kenyataan yang dibuat oleh Menteri Pertanian Brazil, Tereza Cristina, yang memegang portfolio antara paling kontrovers­i di bawah presiden haluan kanan, Jair Bolsonaro.

“Maaf, Gisele, anda harus menjadi duta kami dan berkata negara anda memelihara alam sekitar,” katanya dan menuduh Bundchen mengkritik “tanpa ilmu pengetahua­n tentang perjuangan itu”. ANKARA: Turki akan mengambil semua tindakan undang-undang yang perlu untuk memastikan pemimpin Pertubuhan Pengganas Fetullah (FETO), Fetullah Gulen dapat diekstradi­si dari Amerika Syarikat (AS), lapor agensi berita Anadolu, memetik Menteri Keadilan pada Selasa.

“Kami percaya ekstradisi boleh dilakukan dan akan berlaku. Jika anda negara yang punyai undang-undang, anda harus melakukann­ya. Kami belum memperoleh keputusan mengenai isu itu, tetapi akan mengambil semua tindakan undang-undang yang perlu,”

Bundchen, yang tingga di Amerika Syarikat ( AS) bersama suaminya yang juga bintang NFL, Tom Brady tidak menyebut nama Cristina dalam suratnya, tetapi membuka pintu untuk bekerjasam­a dengan Brazil dalam “tindakan positif” bagi alam sekitar.

Beliau dilantik untuk menjadi Duta Muhibah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ( PBB) bagi perlindung­an hidupan liar pada 2016, dan setahun kemudian, berusaha untuk menarik balik langkah yang membenarka­n perlombong­an di beberapa bahagian dalam Hutan Amazon yang dilaksanak­an oleh presiden sebelum Bolsonaro, Miche Temer.

Paling terbaharu beliau mengkritik satu rang undangunda­ng yang mahu melonggark­an peraturan kawalan racun perosak.

Permulaan Bolsonaro sebagai presiden pada 1 Januar lepas mencetuska­n kebimbanga­n yang serius di kalangan aktivis alam sekitar, yang bimbang hubunganny­a dengan sektor pertanian-perniagaan yang berpengaru­h akan terbukti menjejaska­n dengan teruk usaha untuk memelihara landskap alam sekitar yang kaya di Brazil. — AFP

Turki ambil semua langkah undang-undang pastikan pemimpin FETO dapat diekstradi­si

kata Abdulhamit Gul.

Gul berkata Turki telah memohon untuk mengekstra­disi Gulen dari AS sebanyak tujuh kali.

FETO dan pemimpinny­a yang berpangkal­an di AS, telah merancang rampasan kuasa yang gagal pada 15 Julai 2016 di Turki, menyebabka­n 251 orang terbunuh dan hampir 2,200 cedera.

Ankara turut menuduh FETO berada di belakang kempen yang dibuat sejak sekian lama untuk mengguling­kan negara dengan menyusup ke institusi Turki termasuk tentera, polis dan badan kehakiman. — Bernama

 ?? — Gambar AFP ?? BERJAGA-JAGA: Gambar yang diambil daripada sebuah video yang diterbitka­n oleh Agensi Berita Hawar (ANHA) pada Rabu menunjukka­n seorang anggota keselamata­n di lokasi serangan bunuh diri di bandar Manbij, utara Syria.
— Gambar AFP BERJAGA-JAGA: Gambar yang diambil daripada sebuah video yang diterbitka­n oleh Agensi Berita Hawar (ANHA) pada Rabu menunjukka­n seorang anggota keselamata­n di lokasi serangan bunuh diri di bandar Manbij, utara Syria.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia