Utusan Borneo (Sarawak)

New Zealand halau keluarga Britain ‘lebih teruk daripada haiwan’

-

Anggota sebuah keluarga dari Britain telah dilabel sebagai “lebih teruk daripada haiwan” dan berdepan dengan deportasi dari New Zealand selepas mempamerka­n siri kelakuan buruk yang menimbulka­n kemarahan orang Kiwi yang biasanya santai.

Keluarga terbabit terlibat dalam beberapa insiden di Auckland dan Hamilton serta sekitarnya, termasuk tuduhan membuang sampah, melakukan serangan, tidak membayar untuk makanan di restoran, serta perbuatan menakutkan orang.

Datuk Bandar Auckland, Phil Goff, mengetuai ke- marahan nasional dengan gelagat pelancong terbabit, dan menuntut agar polis mengambil tindakan.

“Orang ini adalah sampah. Mereka adalah lintah,” katanya kepada sebuah stesen radio tempatan.

“Jika kita kata sekali ‘saya menjumpai rambut atau semut dalam makanan saya’ kita akan mempercaya­inya tetapi mereka menjumpain­ya dalam setiap makanan mereka sebagai satu cara untuk mengelak daripada membayar. Itu adalah satu aktiviti jenayah.

“Mereka adalah lebih teruk daripada haiwan dan saya ingin melihat mereka keluar dari negara ini.”

Penolong pengurus besar imigresen New Zealand, Peter Devoy, berkata keluarga berkenaan sudah diberi notis deportasi atas sebab “perkara berkaitan perangai”.

Seorang anggota keluarga itu yang berusia 26 tahun pada Rabu mengaku bersalah mencuri barang bernilai NZ$55 (RM148) dari sebuah stesen minyak.

Keluarga itu menarik liputan media yang meluas di New Zealand selepas video menunjukka­n mereka meninggalk­an kotak bir, botol dan sampah lain dalam keadaan berselerak di sebuah pantai yang popular.

Apabila seorang wanita meminta mereka untuk mencuci kekotoran mereka, seorang kanak-kanak dalam kumpulan itu dapat dilihat dalam video membuat ancaman bahawa dia akan “memecah otak kamu”.

Stuff Media melaporkan seorang anggota wanita keluarga itu memukul seorang wartawan dengan kasutnya selepas dihampiri bagi mendapatka­n komen.

Seorang anggota keluarga itu memberitah­u akhbar New Zealand Herald bahawa mereka kini memutuskan untuk memendekka­n percutian mereka dan akan pulang ke tanah air pada minggu ini. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia