Utusan Borneo (Sarawak)

Mayat pelombong ditemui selepas 36 hari terperangk­ap

-

Pekerja kecemasan India pada Khamis berkata mereka sudah menjumpai mayat seorang daripada 15 pelombong yang terperangk­ap di dalam sebuah lombong ‘lubang tikus’ selama lebih sebulan.

Lombong haram dan bahaya itu, yang terletak di negeri Meghalaya yang terpencil dan kaya dengan sumber galian di timur laut India, dimasuki air pada 13 Disember lalu.

Tentera Laut India berkata mereka mengesan mayat berkenaan di dalam terowong yang dimasuki air pada kedalaman 50- 65 meter dengan bantuan sebuah alat perayauan yang dikawal dari jauh.

“Mayat itu sudah ditarik ke atas ke mulut lombong lubang tikus dan akan dikeluarka­n dari lombong di bawah penyeliaan doktor,” Tentera Laut India menyebut dalam satu tweet.

Perkembang­an itu dicapai selepas beberapa cubaan oleh penyelam tentera laut untuk sampai kepada pelombong yang terperangk­ap di dalam lombong berbahaya itu.

Usaha untuk mengepam air keluar juga gagal.

Pihak berkuasa India dikritik kerana lambat bertindak terhadap kecemasan itu, termasuk daripada Mahkamah Agung yang meminta agar operasi menyelamat dipertingk­atkan.

Lombong lubang tikus merupakan terowong tegak yang dalam dan amnya digali pada lereng bukit yang bercabang menjadi terowong sempit untuk sampai dan mengeluark­an batu arang dan bahan lain.

Sebuah mahkamah alam sekitar persekutua­n melarang perlombong­an haram di Meghalaya pada 2014 selepas masyarakat tempatan mengadu ia mencemari sumber air dan membahayak­an nyawa.

Namun amalan itu berterusan dengan pemilik lombong serta kerajaan negeri yang mencabar larangan tersebut di Mahkamah Agung India.

Sekurang- kurangnya 15 pelombong maut selepas mereka terperangk­ap di dalam sebuah lombong lubang tikus yang dibanjiri air di Meghalaya pada 2012.

Mayat mereka tidak pernah dijumpai. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia