Utusan Borneo (Sarawak)

Bekas ketua aktivis Hong Kong dilarang memasuki Macau

-

Seorang bekas pemimpin Pergerakan Payung yang diketuai pelajar di Hong Kong telah dinafikan kemasukan ke Macau kerana dianggap sebagai ancaman “keselamata­n awam” dalam apa yang disebut oleh pengkritik sebagai perkembang­an baharu dalam usaha Beijing membendung pergerakan penentang.

Yvonne Leung, 25, merupakan pemimpin terkemuka bagi pergerakan prodemokra­si pada 2014 dan satu-satunya pemimpin pelajar wanita yang berjumpa dengan pegawai kanan kerajaan di kemuncak rapat umum tersebut.

Namun sejak beberapa tahun lalu, beliau telah berundur daripada barisan hadapan politik.

Beliau tidak dibenarkan memasuki Macau pada Rabu, satu keputusan yang mengejutka­n segelintir pihak kerana profil awam Leung yang kurang menonjol.

Leung memberitah­u AFP, sebab yang diberikan kepadanya oleh pihak berkuasa di Macau adalah “rujukan kuat bahawa anda berhasrat untuk masuk bagi menyertai aktiviti tertentu yang mungkin membahayak­an keselamata­n awam atau ketenteram­an awam”.

Beliau enggan memberi kenyataan lanjut, termasuk tujuan bagi lawatannya.

Seperti Hong Kong, Macau merupakan sebahagian daripada China yang mempunyai kuasa separa autonomi.

Kedua- dua bandar raya memiliki kebebasan yang tidak kelihatan di tanah besar, hasil satu perjanjian penyerahan sementara yang dimeterai Beijing dengan bekas penjajah bandar raya tersebut.

Namun aktivis dan pemerhati di kedua- dua bandar raya itu berkata keazaman Beijing yang semakin meningkat untuk mengetatka­n lagi kuasa telah membawa kepada penghakisa­n kebebasan tersebut – dan pelbagai sekatan pergerakan yang lebih meluas ke atas pengkritik.

Penggubal undang-undang prodemokra­si di Hong Kong, Claudia Mo berkata, keengganan Macau untuk membenarka­n Leung masuk merupakan satu “peningkata­n” dalam taktik tersebut dan memberi “mesej seram bahawa anda perlu menanggung akibatnya jika anda ingkar, anda menjadi pengkritik kerajaan”.

“Mereka cuba meletakkan awan ini di atas anda,” katanya kepada AFP.

Pihak berkuasa di Macau tidak menjawab permintaan untuk memberikan kenyataan.

Hong Kong juga sudah memperting­katkan kekerapan dan kepelbagai­an orang yang dilarang daripada memasukiny­a.

Contoh terbaharu termasuk seorang wartawan Barat dan sebuah kumpulan muzik ‘ heavy metal’ dari Taiwan. — AFP OUAGADOUGO­U: Seorang warga Kanada telah diculik oleh puak militan bersenjata dari sebuah lombong emas di timur Burkina Faso, sebuah wilayah yang sedang menyaksika­n keganasan pelampau dan sikap tidak mempedulik­an undang-undang yang semakin buruk kata seorang pegawai kanan kerajaan.

Pakar geologi, Kirk Woodman, merupakan naib presiden syarikat dari Kanada Progress Minerals, sumber perlombong­an memberitah­u AFP, yang memiliki lombong dalam wilayah bergolak Yagha dekat sempadan dengan Niger dan Mali.

“Ejen yang bekerja diserang oleh kira-kira 10 lelaki bersenjata yang mengumpulk­an kakitangan. Mereka membawa ekspatriat itu bersama mereka,” kata Menteri Keselamata­n Burkina, Clement Sawadogo, pada Rabu dan menambah Progress Minerals menerokai tapak emas berkenaan.

Serangan berlaku pada petang Selasa lepas, katanya.

“Kami percaya kepada pihak berkuasa Kanada untuk membawa balik suami dan bapa kami dengan selamat Kami mengharapk­an penyelesai­an yang cepat kepada situasi ini,” keluarga Woodman menyebut dalam satu kenyataan.

Penculikan semakin kerap berlaku di negeri Sahel yang mundur dan sudah mengalam siri serangan pelampau jihad yang semakin meningkat sejak tiga tahun lalu. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia