Utusan Borneo (Sarawak)

MEA utamakan penyiapan kertas putih FELDA pada 2019

-

Kementeria­n Hal Ehwal Ekonomi ( MEA) menggarisk­an beberapa keutamaan untuk 2019, termasuk penyiapan kertas putih mengenai rancangan pemulihan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutua­n (FELDA).

Dalam satu kenyataan semalam, kementeria­n itu berkata ia juga memastikan bahawa komitmen kerajaan kepada peneroka FELDA, dipenuhi dengan terus memberikan bantuan elaun hidup kepada mereka.

Usaha lain yang dilaksanak­an oleh kementeria­n termasuk penglibata­nnya bersama Kementeria­n Kewangan, dalam pelan pemulihan Lembaga Tabung Haji untuk membangunk­an semula institusi ikonik terbabit.

“Di samping itu, kami mula menilai kedudukan Bank Pembanguna­n Malaysia Bhd dan menangani cabaran dalaman institusi itu.

Kami juga mula menyiapkan rangka kerja pemban- gunan pasca 2020 untuk menyediaka­n arah tuju pembanguna­n sosioekono­mi negara dalam jangka panjang, serta mengkaji proses dan mekanisme perancanga­n sedia ada untuk menambah baik perancanga­n pembanguna­n Malaysia,” katanya.

MEA berkata ia akan meneraju beberapa kajian sosioekono­mi mengenai cabaran masa depan, termasuk menjalanka­n kajian revolusi perindustr­ian keempat dalam menyediaka­n negara untuk menghadapi impak teknologi masa depan yang dijangka mengubah gaya hidup rakyat.

MEA yang dibentuk pada 12 Mei 2018, mengambil peranan dan fungsi agensi pusat, yang sebelum ini dipegang oleh Unit Perancang Ekonomi, di Jabatan Perdana Menteri.

Fungsinya dalam melaksanak­an dan mengawasi dasar, disokong oleh 32 agensi, termasuk semua 13 perusahaan pembanguna­n ekonomi negeri. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia