Utusan Borneo (Sarawak)

Pendapatan ulasan berbayar menerusi media sosial, dikenakan cukai: LHDN Sila datang ke pejabat LHDN mengenai pengisytih­aran pendapatan dan pengiraan cukai

-

KUALA LUMPUR: Selebriti Internet dan individu lain, termasuk golongan bawah umur, yang memperoleh pendapatan daripada ulasan berbayar, sokongan jenama dan perniagaan yang dijalankan menerusi media sosial, tertakluk kepada cukai pendapatan, jika mereka memperoleh pendapatan melebihi RM5,000 sebulan.

Aktiviti penjanaan pendapatan sedemikian dikategori­kan sebagai profesion, dan oleh itu mereka yang terlibat perlu mengisyti- harkan pendapatan, dan dibenarkan menuntut perbelanja­an perniagaan dan pembayaran balik cukai, jika berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri ( LHDN) Datuk Seri Sabin Samitah berkata individu terbabit digalakkan datang ke pejabat LHDN untuk mendapatka­n nasihat mengenai pengisytih­aran pendapatan dan pengiraan cukai.

“Kami menggunaka­n medium seperti televisyen dan radio untuk sampai kepada mereka, malah bekerjasam­a dengan pertubuhan bukan kerajaan untuk pergi ke sekolah dan universiti bagi mewujudkan kesedaran mengenai perkara itu,” katanya kepada pemberita pada Program Pemberitah­uan Sukarela Khas (SVDP), seminar yang dianjurkan oleh Institut Akauntan Malaysia, di sini semalam.

Menurut pegawai LHDN, lembaga itu akan dapat mengesan individu yang gagal mengisytih­arkan pendapatan mereka apabila syarikat-syarikat yang mem- bayar untuk perkhidmat­an selebriti Internet terbabit mengisytih­arkannya cukai syarikat masing- masing dan berkongsi maklumat mengenai duta atau vendor yang mereka upah.

Mengikut Akta Cukai Pendapatan 1967, kanakkanak bawah umur yang mendapat pendapatan dalam jumlah yang dikenakan pendapatan, juga tertakluk kepada bayaran cukai.

Bagi kes seumpama itu, ibu bapa atau penjaga masing-masing perlu mengisytih­arkan pendapatan yang diperoleh oleh anak- anak di bawah umur, bagi pihak mereka.

Sementara itu, Sabin berkata berikutan pelancaran program SVDP pada 2 Nov tahun lepas, LHDN mengeluark­an 3.5 juta e-mel dan 4.7 juta surat kepada pembayar cukai berdaftar.

“Surat dan e- mel itu bertujuan memaklumka­n kepada pembayar cukai. Ini adalah inisiatif oleh kerajaan baharu seperti yang dicadangka­n oleh Jawatankua­sa Pembaharua­n Cukai,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia