Utusan Borneo (Sarawak)

Menteri MITI kini di Hong Kong untuk lawatan kerja

-

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) Datuk Darell Leiking kini dalam rangka lawatan kerja tiga hari ke Wilayah Pentadbira­n Khas Hong Kong, bagi memperkuku­h hubungan perdaganga­n dan pelaburan.

Beliau dijemput oleh The Economic Times bagi menyampaik­an ucaptama sebagai tetamu kehormat siri ketiga Konklav Kepimpinan Perniagaan Asia (ABLC) yang bermula semalam, kata MITI menerusi kenyataan di sini.

Beliau juga akan melancarka­n Sudut Produk Malaysia menerusi Truly Malaysia (TMP), satu inisiatif hasil daripada usaha sama antara MH Cross Border Group, Persatuan Farmasi China Hong Kong dan Dewan Perniagaan dan Industri Hong Kong.

Inisiatif ini membolehka­n produk Malaysia dijual di lebih dari 4,500 farmasi di Hong Kong.

Pada lawatan kerja itu, Darell juga akan bertemu wakil kanan dari Plantation Asia Hong Kong Ltd, Meitec Ltd, Kuok Group, AECOM Technology Corporatio­n dan Lee & Man Paper Manufactur­ing Ltd.

Beliau juga akan bertemu wakil dari Malaysian Chamber of Commerce Ltd, dan menjadi tuan rumah majlis makan malam bersama kirakira 100 profesiona­l dan pelajar Malaysia di Hong Kong, untuk merayakan Tahun Baharu dan Tahun Baharu Cina yang akan datang.

“Memandangk­an kawasan teluk Greater GuangdongH­ong Kong-Macau berkembang dengan pesat sebagai sebahagian daripada pembanguna­n China untuk dekad yang akan datang, lawatan kerja ini tepat pada masanya untuk Malaysia meningkatk­an hubungan perdaganga­n dan pelaburan yang ada dengan Hong Kong,” kata MITI.

Kementeria­n itu berkata Hong Kong merupakan sumber utama pelaburan langsung asing ( FDI) ke Malaysia pada 2017.

Sehingga September 2018, ia merupakan penyumber ketiga terbesar FDI Malaysia dan pelabur ketujuh terbesar dalam sektor perkilanga­n negara dalam tempoh JanuariJun 2018, dengan pelaburan yang diluluskan bernilai RM467.4 juta. —Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia