Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih 18,000 peniaga guna FPX untuk pembayaran dalam talian

-

Lebih 18,000 peniaga dalam talian di Malaysia termasuk 10 platform dan peruncit e-dagang terkemuka menawarkan pembayaran secara dalam talian yang lebih mudah kepada pelanggan mereka menerusi gerbang pembayaran pertukaran proses kewangan (FPX).

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) Peter Schiesser berkata ini menunjukka­n FPX menjadi kaedah pembayaran pilihan bagi kebanyakan peniaga dalam talian.

“Pelanggan boleh mengeluark­an dana daripada akaun simpanan, semasa dan kad kredit mereka apabila membuat pembayaran menerusi FPX di saluran perbankan Internet daripada 29 bank yang terlibat dengan FPX.

“FPX merekodkan 149 peratus peningkata­n jumlah transaksi antara Ogos hingga Oktober 2018, melibatkan lebih 26 juta transaksi berbanding tempoh sama pada 2017,” katanya dalam kenyataan kelmarin.

Sementara itu pemenang peraduan ‘FPX and Win!’ yang berlangsun­g dari 1 Ogos hingga 31 Okt, 2018 menerima hadiah masingmasi­ng kelmarin bernilai RM400,000 termasuk dua kereta Honda Civic selain baucar beli- belah bernilai RM50,000.

Pemenang hadiah utama, Mohd Azwan Shah Abdul dan Nurul Fatin Mohd Zulkafli masing- masing menang dalam penyertaan mereka selepas membuat pembayaran menerusi FPX di aplikasi telefon bimbit Shopee dan laman web e-Caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.

Paynet merupakan rangkaian pembayaran dan infrastruk­tur berpusat bagi pasaran kewangan yang menawarkan FPX, gerbang pembayaran Internet terus kepada bank yang antara lain memudahkan pembayaran di Internet dan pembelian e-dagang menggunaka­n akaun simpanan dan semasa. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia