Utusan Borneo (Sarawak)

Cyprus minat jadi pengimport minyak sawit Johor: MB

-

Cyprus berminat untuk menjadi pengimport minyak kelapa sawit dari negeri ini, sekali gus menjadi pengedar bahan berkenaan kepada negara di sekitar Mediterran­ean.

Menteri Besar, Datuk Osman Sapian berkata, hasrat itu disuarakan Cyprus ketika kunjungan beliau ke negara berkenaan baru- baru ini, termasuk kesediaan menyediaka­n tenaga pakar.

“Cyprus memberi sokongan untuk menjadi pengimport minyak sawit, sanggup menjadi pengedar kepada negara berdekatan, termasuk Greece dan Turki,” katanya kepada pemberita selepas majlis prapelanca­ran Festival Islam & Halal Antarabang­sa Johor Darul Ta’zim 2019, di sini semalam.

Osman berkata, perbincang­an dengan dua syarikat berkaitan kerajaan negeri, iaitu Johor Corporatio­n (JCorp) dan YPJ Holdings Sdn Bhd, yang memiliki ladang kelapa sawit sudah diadakan beberapa hari lepas bagi menjayakan matlamat terbabit.

“Cyprus merupakan negara maju dan ekonominya kukuh. Sebanyak 98 peratus pendudukny­a juga Islam dan negara itu memberi kerjasama kepada kita. Mereka sanggup menyediaka­n kepakaran dan selain itu akan menghasilk­an produk hiliran lain menerusi kelapa sawit seperti sabun dan bahan makanan,” katanya.

Mengenai festival yang akan berlangsun­g di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Persada Johor, pada 28 Mac hingga 31 Mac itu Osman berkata, ia merupakan platform terbaik untuk pengeluar industri halal Malaysia mempromosi dan menggalakk­an pasaran pengguna halal yang luas sama ada di dalam atau luar negara.

Menurutnya, kerajaan negeri akan memastikan Johor dapat bersaing dengan negara besar seperti China, Korea Selatan dan Jepun yang sedang giat merencana strategi mengembang­kan produk halal mereka ke negara lain.

“Kita perlu mengorak langkah membangunk­an Johor sebagai pelopor sektor halal di Malaysia secara besar-besaran, setiap pergerakan tidak lagi bersifat optimum malah perlu diberikan anjakan lebih maksimum,” katanya.

Osman percaya kerajaan negeri melalui Perbadanan Usahawan Negeri Johor berupaya menghasilk­an pelbagai produk halal seperti makanan, barangan penjagaan kesihatan dan kosmetik untuk dieksport. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia