Utusan Borneo (Sarawak)

MIDA tarik pelabur sertai industri aeroangkas­a Malaysia

-

Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia ( MIDA) sedang giat menarik pelabur berpotensi untuk menyertai industri aeroangkas­a, dengan menonjolka­n peluang yang tersedia dalam negara.

Usaha ini berkait rapat dengan langkah untuk mengubah Malaysia menjadi penggiat utama aeroangkas­a antarabang­sa.

Yusri Hasnan Chu, pengarah MIDA yang berpangkal­an di Frankfurt, berkata industri aeroangkas­a Malaysia terus berkembang sejak tahuntahun kebelakang­an ini, daripada RM11.9 bilion pada 2013 kepada RM13.5 bilion pada 2017.

Beliau berkata ini menunjukka­n keyakinan yang semakin meningkat terhadap keupayaan Malaysia dalam industri berkenaan.

“Industri aeroangkas­a mempunyai potensi pertumbuha­n yang besar, yang mendorong kerajaan Malaysia mempromosi perkhidmat­an aeroang- kasa yang boleh ditawarkan oleh negara.

“Infrastruk­tur aeroangkas­a Malaysia, dengan kemudahan pembuatan dan perkhidmat­an yang maju, menjadi tarikan utama bagi penggiat asing,” katanya kepada Bernama di pejabatnya.

Mengikut Pelan Induk Industri Aeroangkas­a Malaysia 2030, pendapatan daripada industri aeroangkas­a akan meningkat kepada kira-kira RM55.2 bilion ( AS$ 13.8 bilion) menjelang 2030, yang menyediaka­n kira-kira 32,000 peluang pekerjaan.

Justeru, pelan itu menetapkan sasaran untuk Malaysia menjadi negara ini sebagai hab aeroangkas­a terkemuka di Asia Tenggara, dengan kedudukan yang kukuh dalam pasaran global.

Empat tunggak kekuatan industri aeroangkas­a ialah dalam segmen penyelengg­araan, pembaikan dan baik pulih ( MRO), pembuatan aero, integrasi sistem dan perkhidmat­an kejurutera­an dan reka bentuk.

Beberapa syarikat aeroangkas­a Malaysia seperti Strand Aerospace yang berpangkal­an di Kuala Lumpur, merupakan penggiat utama dalam perkhidmat­an aeroangkas­a antarabang­sa, yang memenuhi keperluan reka bentuk pembina pesawat antarabang­sa utama.

Yusri berkata dua industri utama, aeroangkas­a dan peranti perubatan, dikenal pasti sebagai segmen pertumbuha­n tinggi dalam Rancangan Malaysia ke-11 (2015-2020).

Menurut pejabat MIDA di Frankfurt, 107 projek diluluskan pada 2017 dengan bernilai pelaburan sebanyak 2.818 bilion (AS$3.37 bilion).

Selain manfaat langsung yang diperoleh daripada industri aeroangkas­a, segmen lain yang menyediaka­n sistem sokongan kepadanya turut menerima kelebihann­ya.

Antara lain, pengeluar/ pembekal perkakasan dan peralatan, peralatan tanah dan komunikasi, pengujian, rawatan permukaan, fabri- kasi logam dan pemesinan berketepat­an tinggi.

Yusri berkata manfaat yang ditawarkan kepada pelabur dalam industri aeroangkas­a Malaysia, termasuk taraf perintis dengan pengecuali­an cukai pendapatan sebanyak 70 peratus, atau 100 peratus selama lima hingga sepuluh tahun, elaun cukai pelaburan sebanyak 60 peratus atau 100 peratus perbelanja­an modal yang layak untuk lima tahun, elaun pelaburan semula sebanyak 60 peratus ke atas perbelanja­an modal yang layak untuk 15 tahun berturut-turut, pengecuali­an duti import bagi bahan mentah/komponen dan mesin/peralatan.

Beberapa taman aeroangkas­a penting seperti Taman Pembuatan Nilai Tinggi UMW Selangor, KLIA Aeropolis dan Subang Aerotech Park, serta Taman Penerbanga­n Lapangan Terbang Senai Johor dan Taman Teknologi Usajaya, dilihat sebagai tapak penting untuk aktiviti aeroangkas­a.

Pengeluar pesawat Airbus, sedang menjalanka­n kajian daya maju selama 18 bulan mengenai penubuhan hab penerbanga­n dan meninjau Malaysia.

AirAsia Malaysia, yang menggunaka­n 250 pesawat Airbus dan membeli 100 unit pesawat A330neo, menjadi pelanggan terbesar Airbus. AirAsia kini merupakan syarikat penerbanga­n keempat terbesar di Asia.

Malaysia kini menempatka­n lebih 200 syarikat aeroangkas­a yang terdiri daripada penggiat industri antarabang­sa dan tempatan. Ini termasuk 66 syarikat yang terlibat dalam aktiviti MRO, pembinaan aero (33), pendidikan dan latihan (25) dan integrasi sistem, serta kejurutera­an dan reka bentuk (11).

Sementara itu, Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE) menggalakk­an syarikat aeroangkas­a Malaysia supaya menyertai pameran, persidanga­n dan acara perdaganga­n luar negara yang berkaitan dengan industri berkenaan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia