Utusan Borneo (Sarawak)

Tesco Malaysia buka pasar raya di Bagan Ajam

-

Rangkaian pasar raya besar terkemuka Malaysia,Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Tesco Malaysia), semalam membuka pasar rayanya di Bagan Ajam, cawangan ketujuhnya di Pulau Pinang, menjanjika­n lebih keselesaan, nilai wang, pelbagai jenis poduk, khidmat pelanggan yang mesra dan pelbagai kemudahan kepada pelanggann­ya.

Ketua Pegawai Eksekutif Tesco Malaysia Paul Ritchie berkata pelancaran gedung terbaharu itu bukan sahaja melambangk­an pertumbuha­n bagi jenama Tesco, tetapi juga prospek memudahkan kehidupan komuniti di kawasan itu.

Beliau berkata Pulau Pinang terus menjadi pasaran yang menarik bagi Tesco berikutan ekonominya yang berdaya maju dan keyakinan tinggi pengguna telah menjadikan negeri itu destinasi pilihan peruncit.

“Kami percaya kami mampu memberikan yang terbaik,” katanya pada pelancaran pasaraya itu, yang merupakan cawangan ke-58 di negara ini, oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow.

Ritchie berkata kebanyakan mereka yang membeli-belah di Tesco sukakan jenama produk gedung itu kerana harganya antara 10 dan 20 peratus lebih murah daripada jenama terkemuka lain di negara ini.

Beliau berkata pengguna di Pulau Pinang amat prihatin dengan harga dan juga kualiti produk dan adalah adil untuk pengguna mahukan kualiti terbaik atau produk segar pada harga munasabah.

“Sejak tahun lepas, kami telah melaburkan usaha kami dalam melancarka­n strategi harga jangka panjang, memastikan harga kami rendah untuk membantu ringgit dalam poket pelanggan kami dapat membeli lebih banyak,” katanya.

Ditubuhkan pada Mei 2002, Tesco Malaysia, usaha sama antara Tesco PLC dan Sime Darby Bhd, kini menggaji 7,000 rakyat Malaysia sebagai pekerjanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia