Utusan Borneo (Sarawak)

Majikan Jobstreet giat cari bakat mahir digital

-

Majikan kini giat mencari bakat dengan kemahiran digital, selaras dengan perkembang­an ekonom digital dan Revolusi Industr 4.0, menurut platform penyumbera­n bakat Jobstreet.com

Pengurus Negara Gan Bock Herm berkata menurut Kajian Prospek Kerja 2019 dijalankan­nya, 43 peratus majikan yang terbabit dalam kaji selidik itu didapati sudah memulakan langkah ke arah transforma­si digital dan berusaha meningkatk­an jumlah kumpulan bakat mereka khususnya dalam bidang teknologi maklumat ( IT) pengkomput­eran, pemasaran digital, dan penyelidik­an dan pembanguna­n.

“Mencari kemahiran yang betul kini menjadi keutamaan Transforma­si digital tidak dapat dielakkan ketika kita menjad semakin globalisas­i, dan syarikat perlu memulakan perjalanan transforma­si digital.

“Ketika ini, terdapat jumlah bakat yang terhad di luar sana jadi majikan perlu lebih proaktif untuk menyumber calon daripada kumpulan bakat yang pasif,” katanya pada taklimat media selepas mengumumka­n dapatan kaji selidik itu.

Kaji selidik itu juga melaporkan lima kerja utama berkaitan kemahiran digital yang paling dikehendak­i majikan adalah pemasaran digital, pembanguna­n perisian dan aplikasi e- perdaganga­n, data besar dan analitik serta kemahiran pangkalan data.

Lima ciri utama dinila majikan adalah kemahiran menyelesai­kan masalah, kemahiran berkomunik­asi, keupayaan bekerja secara berdikari, bersedia untuk belajar dan kemampuan bekerja d bawah tekanan.

Beliau berkata kaji selidik itu juga menonjolka­n bahawa kira- kira 60 peratus majikan melaporkan mereka telah melaksanak­an beberapa projek transforma­si digital dengan baki majikan dalam kaji selidik itu kini di pelbagai peringkat perancanga­n — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia