Utusan Borneo (Sarawak)

JUDI ‘ONLINE’: RUMAH DIJADIKAN LUBUK TAMBAH NILAI DISERBU

-

KUCHING: Sebuah rumah teres dua tingkat di kawasan perumahan mewah di Bandar Baharu Batu Kawah (MJC) di sini diserbu selepas disyaki dijadikan pusat tambah nilai aktiviti perjudian dalam talian semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak SAC Denis Leong berkata, serbuan dilakukan hasil intipan di bawah Ops Dadu serta inisiatif Pesuruhjay­a Polis Sarawak Datuk Azman Yusof yang komited membantera­s kegiatan perjudian di negeri ini.

Menurutnya, seramai 13 individu ditangkap dalam operasi tersebut yang terdiri daripada lima warga tempatan dan lapan warga asing berusia dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun.

“Serbuan sekitar jam 9.30 pagi tadi (semalam) membawa kepada penangkapa­n seramai 13 orang yang kita syaki sedang mengendali­kan pusat tambah nilai judi ‘online.’

“Daripada pemeriksaa­n awal, kita dapati transaksi (tambah nilai) mereka untuk sebulan mencecah RM1 juta,” katanya ketika ditemui pemberita.

Tambahnya, antara modus operandi (MO) yang digunakan kumpulan ini adalah menawarkan aktiviti perjudian tersebut melalui aplikasi WhatsApp dan media sosial lain.

“Mereka (suspek) akan sertakan pautan dan sekiranya ingin berjudi hanya tekan pautan tersebut.

“Semua transaksi akan dilakukan dalam talian sehingga pelanggan mereka boleh mula berjudi,” katanya.

Difahamkan, pusat tersebut telah beroperasi sekurang-kurangnya dua bulan lepas.

Kesemua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak untuk tindakan selanjutny­a di bawah Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka serta Seksyen 4(1)(c) dan (d) Akta Pertaruhan.

 ??  ?? TUMPAS: Anggota polis sedang melakukan pemeriksaa­n di dalam rumah tersebut.
TUMPAS: Anggota polis sedang melakukan pemeriksaa­n di dalam rumah tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia